Rabu, 27 Disember 2017

Tips Matikan Alarm Kereta bila Remote Kereta Tak Berfungsi

Salam pembuka bicara..


Pagi tadi nak pergi kerja, tekan tekan remote kereta tak da respon. Makanya, sedar lah hamba bahawa remote itu sudah kehabisan bateri.


Kerisauan mula timbul sebab memikirkan remote kereta spare pun tak repair lagi. 😂 Tahun lepas, pecah berderai. Terus teringat,
"Oh, ada bateri spare untuk pointer."
Rupa-rupanya lain da. Remote kereta tu pakai bateri A23. Pointer pakai bateri A27.


Terpaksa la buka jugak kereta tu secara manual. Sebab suami kata ada button nak off tapi tak tahu dekat mana. Sekali bunyi alarm dia memecah keheningan pagi sesudah hujan. Cari-cari button tak jumpa la pulak.


Maka, teruslah men"google" cara nak matikan alarm bagi kereta Perodua especially Viva. Rupa-rupanya mana ada button!


Kalau korang pakai kenderaan perodua dan tiba-tiba remote kereta tak boleh guna dan tak da kunci back up. Begini lah caranya:-

  1. Buka je pintu kereta secara manual
  2. Nanti kereta akan bunyi alarm yang sangattt kuat.
  3. Masukkan kunci kereta, pulas kepada ON
  4. Terus tekan brek

Maka, berhentilah bunyi alarm tadi dan perjalanan boleh dimulakan.


Akibat dari kejadian pagi tadi, punch card merah le hakak.


xoxo
dhiera

11 komen:

Fatin Shahrizam berkata...

Hahaa okayy baru tauu. Dulu pernah jadi sekali, waktu keje, nak keluar g makan. Kdg2 guna auto, kdg2 guna manual. Haritu lupa guna auto, remote tggal dalam, gelabah plus maluuu berlari masuk tempat keje cari remote :D

Rodiah Amir berkata...

Pernah jugak jadik tapi ada kunci spare, next time kalau jadi boleh cuba...hihiih. Blogwalking here

Atie Zieya berkata...

thank you thank you
i really need this sbb slalu jadi sbb alarm tak function pastu panic tatau nak buat apa

Dhiera nadhirah berkata...

@Fatin Shahrizam
hahaha. bunyi alarm tu memang boleh buat orang mengelabah kan. kalau selalu tukar-tukar auto manual memang kena beringat laa

Dhiera nadhirah berkata...

@Rodiah Amir
mujur ada kunci spare

dear anies berkata...

sy belajar psl ni ms memula dpt kereta dulu... jurujual tu beritahu dan pernah laa amalkan sekali hehehee

Dhiera nadhirah berkata...

@dear anies
bagusnya jurujual tu. saya dulu dorg x maklum la pulak

Shahida Dzulkafli berkata...

Nice sharing.. Baru tau..

Dhiera nadhirah berkata...

@Shahida Dzulkafli
saya pun dah terkena baru tahu. hahaha

Nur Azian Jaafar berkata...

good sharing siturr !!
nnt boleh blaja la sikit2 walau xde kete lg.. hihi

Dhiera nadhirah berkata...

@Nur Azian Jaafar
buat pengetahuan cik yan k! nanti senang dah