Sabtu, 30 Disember 2017

Kasihnya Atuk dan Nenek

Salam pembuka bicara


Di penghujung tahun 2017 rupanya kita semua. Ada azam baru ke kawan-kawan semua?


Tahun 2017 adalah tahun dimana Dzikri sambut hari lahir sebanyak 3 kali. Kemain ko anak. Masa umur setahun sambut 2 kali. Masa umur 2 tahun sambut 3 kali 😂


Setakat ni, kitorang mak pak memang tak da pulak belikan hadiah birthday ke apa untuk anak. Sebab tak payah tunggu hari lahir dah asyik kena paw je kan. Pergi kemana je anak bujang tu mesti berjaya membawa pulang sesuatu.




Untuk tahun kedua kelahiran anak bujang ni Ogos lepas, nenek atok dzikri belikan dzikri kereta remote control. Tah berapa ratus dah harga kereta. Ha.. hat oren tu la kereta dia.




Tetapi as expected, segagah mana pun mainan itu pasti akan binasa. Tengok lah sekarang apa dah jadi. Remote kereta pun dah siap patah aerial dia. Aduhai anak. Lepas ni, ibu mintak nenek atok sponsor hotel la untuk birthday dzikri. Eh eh


Kasihnya atok nenek tak kan sama macam cara dia mendidik anak-anak dorang suatu masa dulu. Adakah nanti bila saya bakal tua akan mengasihi cucu sebegini jugak? Ermmm..


xoxo
dhiera

10 komen:

Fatin Shahrizam berkata...

Hahaa waww bestnyaa ramai orang sayang ni. Sampai 3 kali sambut birthday. Alhamdulillah, murah rezeki dia :D

Atie Zieya berkata...

wahh dia dpt hadiah..mesti happy

dhiera zainudin berkata...

@Fatin Shahrizam
hahaha. sape tak sayang budak kan

dhiera zainudin berkata...

@Atie Zieya
happy. tapi sekejap je dah hancur

Sha Mohamed berkata...

Alhamdulillah.. Rezeki Dzikri..

dhiera zainudin berkata...

@Shahida Dzulkafli
alhamdulillah.

Jari Manis berkata...

Cucu kesayangan ni 😬

cikyan berkata...

budak2 mmg suka.. anak buah cikyan pon.. penah skali haritu.. yg besar sikit dpt hadiah brg skolah.. tetiba mennagis nk brg mainan mcm adik kecik,, tak suka brg skolah.. hahahhaa.. umur beza bpe tahun je, tp sbb dah besar dan dah skolah, so dpt la hadiah lain.. hahahhaa, kesian btol..

dhiera zainudin berkata...

@Jari Manis
cucu sulung. gitu lerr

dhiera zainudin berkata...

@Nur Azian Jaafar
budak-budak kan, kalau boleh semua nak sama je