page

Khamis, 13 Oktober 2011

Reveal baju siapa itu

Salam pembuka bicara..

Kesinambungan entri ini.

Designer baju kahwin kawan saya adalah Hairi Tajuddin. Dia lah designer yang buat baju kahwin Elyana, Eira Syazira dan salah satu persalinan baju Tomok dan Ayu. Nama dia memang lah tak se gah Hatta Dolmat dan Syahir Nurdin. (ke saya yang tak kenal) Tapi hasil dia masih superb!

Persalinan rakan saya terdapat unsur-unsur persalinan Tomok dan Ayu.

sumber: blog Hairi Tajuddin

Wedding planner rakan saya ni pula adalah Zaha Wedding Planner. Apa yang saya faham jumlah keseluruhan majlis kawan saya adalah around RM15k semuanya. Termasuk fotographer, katering, baju, mekap, 2 pelamin (pelamin dewan dan mini pelamin), hantaran fresh flower, doorgift, DJ ke semuanya lah~ Baju dari designer tadi sudah masuk dalam pakej complete ini. Ya, RM15k memang mahal tapi di kawasan Selangor / KL (sebab saya duduk di kawasan ini) harga ini memang kamu tak akan jumpa. Pakej macam ni menelan belanja sehingga RM25k - RM30k di kawasan Selangor /KL ni.

Nota untuk lelaki. Kos kahwin makin lama makin meningkat.
Nota untuk perempuan. Jangan boros berbelanja. Jangan terlalu nak menunjuk-nunjuk (kebanyakan perempuan suka menunjuk kelebihan majlis sendiri).

Yang penting adalah kehidupan selepas kahwin bukan majlis perkahwinan yang gah. Tak perlu berbelanja besar untuk majlis yang sehari! Bukan senang nak kumpul duit woo. Pedulikan cakap-cakap orang. Mana boleh nak puaskan hati semua orang kan? Kalau tanya saya, saya sanggup keluar kan duit untuk honeymoon. eh.

xoxo

p/s: lupa lah nak letak link zaha wedding planner dengan blog hairi tajuddin. kalau nak contact dorang, google aje ye. nak sambung buat kerja ni. wink wink
p/s: entri semalam ada saya dalam gambar-gambar konvo tu. ahahahaha

First time, celebrate birthday sebagai teman tapi mesra Z. wink wink

34 ulasan:

  1. kesimpulannya, kawin la awal :p~

    BalasPadam
  2. mak oiiiiii .. gile banyakkkkk kena gune duit . eeeeee xkahwin la gtu . heeee~



    salam kenal ;)

    BalasPadam
  3. tulah psal.ssh tu nk kmpul duit skang ni.sme brg mahal je.klu mahal sgt,ce pikir cmne la jd lps kwen nnt klu smpi terpksa berhutang semata-mata nk kwen ikt expectation org.sme2 gak tanggung,bukan si laki sorang je.lmbtnya la nk kwen.hmmm

    BalasPadam
  4. menyesal rara tak amik zaha.sbb nya dh book awal2 ngan mua masa tunang.but she not bad.makeup cantek.zaha pelamin cantek.but makeup kurennnggg.

    BalasPadam
  5. betul3 mmg makin meningkat..adoiii

    BalasPadam
  6. rm15k utk semua tu agak berbaloi..btl kate dhiera tu...ssh nk dpt rege camtuh..

    BalasPadam
  7. woahh,alin nanti time kawen mesti kelam kabut gamaknye.hi3

    BalasPadam
  8. err....15K..

    hantaran dari pihak lelaki berapa...lebih dari 15K juga eh...

    BalasPadam
  9. @ BENA : banyak.. menabung dari sekarang~

    @ aReLaN : tu la kan~ tp jgn la sampai berhutang

    @ rara pinkmafia : kire ye zaha ni memang dalam top list mula2 la ea? MUA zaha ni masa wedding kawan saya hairi tajuddin ni~ tu yg boleh borak2, dia tunjuk gamba baru ayu tomok ni~


    @ nabilah_2908 : hantaran lelaki 10k kot~

    BalasPadam
  10. cantiknyer baju dia ni...kembang setaman....memang kreatif pereka ni :)

    BalasPadam
  11. walaupun tulisan tu kcik i still reading. hehek!
    ttm tu ^^

    BalasPadam
  12. dulu stella kawen full siap semua pakej...14k tu..kira murah lahh tu...zaman laaa nie...xde 20k dlm tgn....susah nak wat kenduri....buat doa selamat ye lahhh itu pon dah cukupkan???yg penting nikah x gitu :)

    BalasPadam
  13. Rm15K utk segala tok nenek wedding preps mmg murah. Kalau takde wedding planner, sume cantik nak beli..nak tu, nak ni.. Hish, 2x ganda pun tak cukup

    From my own experience, I spent more than RM15K..huhu

    BalasPadam
  14. What? semua itu dpt dgn 15k? even hana kahwin kat kelantan pun xdpt 15k.

    btw, btl tu Dhiera, kehidupan lpas kahwin tu lg penting. nak buat majlis tu kena ukur baju di badan sendiri.

    BalasPadam
  15. tau xpe. nak kumpul duti betahun tahun untuk pakai dalam sehari je dah hangus. pastu habuk pun tak tinggal jejak.

    berbaloi lg habiskan duit utk honeymoon. kan.kan.

    BalasPadam
  16. aiyakkk....tiba2 rasa nak kawen...kifkifkif

    BalasPadam
  17. mcm ni bilalah sy leh kawin ni sis...grrrrrrrrrrrrr

    BalasPadam
  18. @ budakijaupendek : baca? he

    @ stellaizz : 2 la stella. ada jugak usha pakej macam tu kt cn 28k kot... tak berbaloi

    @ Sufia Mahzan : tq sharing ur experience. maka, saya kena bertahan dr ambil yg bukan2.

    @ Hana Soffelia : kan kan?

    @ Hanie_Dew : totally agree! suka lagi spend more untuk honeymoon~

    @ bloghok : jgn sampai jth hukum wajib kawen dh la~ he

    BalasPadam
  19. setujuuuu..better simpan duit utk honeymoon..ngeh3

    BalasPadam
  20. kena kawin cepat ni..
    kos nak upah sana sini je dah makin mahal T.T

    BalasPadam
  21. Cantik!!

    Bg Myra harga 15k tu munasabah sebab merangkumi semua..
    Kira okla tu..

    BalasPadam
  22. siyes murah la klu betul tu total kos keseluruhan majlis. sbb certain pakej, kameraman + fotografi je dah around 5k. yg ni berbaloi gile ah!

    BalasPadam
  23. lawa la bju tu kebang ke bawah....
    kena tempah kt KL ni..murah gk lau termasuk semua :)

    BalasPadam
  24. buat pe la belanje besor sngat nak wat kawen...banyak lagi keutamaan...bagus la kalau ko xde niat nak wat gini.haha...

    BalasPadam
  25. memang santik...pemakai nyer pun santik...;d

    BalasPadam