page

Rabu, 12 Oktober 2011

Ijazah itu sudah setahun saya miliki

Salam pembuka bicara..

Hentikan dulu cerita kahwin kawan saya sebab saya baru sedar semalam sudah genap setahun saya berkonvo. Habis belajar bulan June 2010. Menghitung hari untuk memegang ijazah pada bulan Oktober 2010. Lama menunggu.

Awas entri banyak gambar. Balas dendam tahun lepas tak ada entri konvo.


Saya tak akan lupa pada tanggal 11.10.10, saya telah terima segulung ijazah yang saya kejar selama 4 tahun. Berusaha untuk masuk matrik sebab saya ingin kan ijazah pada awal usia 20 tahun. Ikut kan impian asal, saya mahu sambung master kemudian convert ke PhD tapi dalam masa yang sama, saya ingin berjasa kepada orang tua saya sebelum mengambil keputusan untuk menjadi makmum kepada seorang lelaki selayaknya imam dalam melayari kehidupan di masa akan datang.


Inilah fakulti saya! Indahnya kenangan belajar di universiti. Segala pahit dan manis di telan bersama-sama sahabat yang sentiasa memberi dorongan, tunjuk ajar, berhibur dan segala-galanya. Sangat rindu zaman belajar. sobsob. Alhamdulillah, hampir semua coursemate saya bertemu kerjaya impian dalam masa sebulan selepas habis belajar malah ada yang belum habis belajar tapi sudah ada kerjaya yang menanti. Bila jumpa masa konvo, masing-masing kongsikan cerita kerjaya sendiri. Kadang-kadang, saya terfikir kenapa lah tak nak berehat dulu sebelum bekerja tapi saya tak ada jawapan untuk soalan ini.


Selepas setahun habis belajar, ada yang masih bekerja, ada yang sedang berbisnes, ada yang sudah bergelar isteri dan suami, ada yang sibuk menyiapkan projek master dan tak lupa juga rakan-rakan yang terus sambung ke PhD. Masing-masing mempunyai kehidupan sendiri.


Buat yang masih belajar, belajar bersungguh-sungguh. Semua perkara untuk mendapat segulung ijazah itu sangat manis untuk dikenang. Yang baru berkonvo, zaman bekerja totally different dengan zaman belajar. Kalau belajar boleh ponteng, kalau kerja berani ke nak ponteng?


Tahun lepas, housemate saya dapat anugerah di-raja. Satu-satunya student melayu yang dapat anugerah di-raja. Tahun ini, ex-housemate saya dapat biasiswa pula iaitu biasiswa Yang di-Pertuan Agong pula. Bukan dia seorang, rakan chinese saya juga dapat biasiswa Yang di-Pertuan Agong hari ini. Dua-dua sekarang terus sambung PhD.


Selamat tinggal UPM! Kan dah cakap banyak gambar. Tahun lepas tak ada entri konvo sebab balik dari konvo terus ber 'out station'. Tahun ini balas dendam la kan?

xoxo sambil kesat air mata kegembiraan.

40 ulasan:

  1. Beznya konvo. Hana pernah bercita2 nk sambung Master tp memandangkan after grad terus dpt keje, kena tgguhkan dlu niat tu.

    BalasPadam
  2. Tak sbr nk knvo jgk. Tp lg 2thn. Huhu

    BalasPadam
  3. Cheq pun terus rasa tak sabaq nak konvo gak, lagi 2 tahun ni tamatlah PJJ ni.. Aduhhh tak sabarnya.. :)

    BalasPadam
  4. Kenangan masa belajar banyak yg indah berbanding masa kerja...

    BalasPadam
  5. seronoknye dhiera..dpt sambung belajar dan konvo..x lama lg nk bt master ngan phd plak..tahniah tau!

    semoga dhiera terus success !

    BalasPadam
  6. zaman blaja mmg best

    BalasPadam
  7. tahniah la. saya ni bila la nak sambung degree. still dip lagi.

    MOHD NASER.com

    BalasPadam
  8. hai selamat berkenalan. =D..

    tu la bos ca ya nun ya. kan.....
    tp aku dulik hape. yg penting tak pakai sandal.

    BalasPadam
  9. saya baru konvo last week. memang gembira sangat2. heee

    BalasPadam
  10. aku dah 2 tahun konvo.. rasenye cam nak convo je lagi.. tp malas lak nak sambung belajar.. hehe

    BalasPadam
  11. mst byk kenangan kan.. :)

    sy x sbr nak abs blajar.....huhuhu

    BalasPadam
  12. Tahniah!
    Selamat menempuh alam pekerjaan...

    BalasPadam
  13. at least ade gk gmbr konvo.saya ni lgsg tkde.knvo kt jpun bkn cm knvo kt mlysia naek pntas sorg2.dhla hujan hr konvo tu.sedihnya la....

    BalasPadam
  14. Baca sambil tersenyum dna tumpang gembira.. Rasa macam tak cukup banyak pulak gambar tu.. ;D


    Tahniah untuk semua, semoga terus sukses!

    BalasPadam
  15. aku xcited nengok gambo convo ko weh
    wah dpt anugerah Yang Di-Pertuan Agong tu..sbg kwn mesti tumpang gumbira skali kan beb! bkn snang tu beb!

    cantek la watermark ko!

    BalasPadam
  16. wah! student medic rupanya. hebat kawan dhiera dapat anugerah YDPA tu.

    BalasPadam
  17. @ Hana Soffelia : hana, kawan2 yang tengah amek master sekarang semua kata gaji master sekarang sama gred dgn degree je~

    @ Kakzakie : betul tu kak~

    @ ♥cmª shIemª♥ : itu pun kalau bakal suami bagi

    @ NasZ : pengalaman bekerja tu lagi baik dari degree


    @ Hanie_Dew : bos saya pun ca ya nun alif~

    @ aReLaN : ce cite konvo kt jepun macam mana?

    @ faizal mohd : bukan student medic la~ student nutrition. tapi kami satu fakulti..

    BalasPadam
  18. bestnya babe! even dah setahun tapi perasaan gembira tu masih ada kan. i kena tunggu 2013 la pulak. adoi lamanyaa.

    BalasPadam
  19. tahniah kerana menamatkan pengajian :)

    BalasPadam
  20. ijazah dah ade tggu kawen jer hehhehhehe

    BalasPadam
  21. best la dah habeh belajar..^^

    akak course health sciences ek?

    BalasPadam
  22. rindu pulak time belajar dulu.. haiya...

    BalasPadam
  23. xpe dear. kalau nk keje boleh keje dulu. nnt boleh pjj. xde masalah kan? tuntutlah ilmu hingge ke liang lahad. ecewah ;)

    BalasPadam
  24. bestnye.. saya tiada kenangan manis begini.. teringin.. nak pinjam jubah leh.. hehe.

    dhiera...dlm banyk2 pix tu. hang tak masuk ke"? yang mana satu?

    BalasPadam
  25. baa~ CAK!!

    wooo~ gila bangat deh.. sy jugak begitu duh bah.. rindu banget saat konvo nya.. ^_^

    BalasPadam
  26. wow.bestnya. hehe.. mana tuan empunya blog? hikss

    BalasPadam
  27. Diam tak diam dah 10 tahun tinggalkan kenangan konvo. Rindu :)

    BalasPadam
  28. aku suka dengan keraian seperti begini.ia satu momen yang singkat tapi kesannya sepanjang usia.

    BalasPadam
  29. bila la ct nk konvo plak..cm bes je..xsabar...hehehe

    BalasPadam
  30. bestnye dah konvo. xsabar lak rase~

    BalasPadam
  31. hari konvo...mmg hari yg paling indah..

    rasa kita special sngt..sngt... :)

    sama lah..hajat di hati nak sambung lagi...tp...takpe la..hold dulu...cari duit dulu... :)

    BalasPadam
  32. wah! tahniah2 walaupun dah setahun lewat :)

    BalasPadam
  33. tahniah:)
    next station..gy oversea la ye:)
    aminnn

    BalasPadam
  34. insya allah jubah berwarna merah itu akn ku sarung bln 10 thn dpn...aminnnnnnn

    BalasPadam
  35. wah..tahniah3...seronoknya dah konvo...selamat menyambung master dan seterusnya ke phd...aminn...:)

    BalasPadam