Rabu, 21 Jun 2017

Rumah: Proses Pemasangan Security Door


Salam pembuka bicara


Alhamdulillah. Kita dah masuk 10 Ramadhan yang terakhir. Lagi beberapa hari lagi kita nak berhari raya.


#throwback2016
Tetapi saya terniat nak sambung cerita setahun yang lepas berkenaan pintu rumah saya. Ada beberapa orang emel bertanya dimana saya tempah dan sebagainya. [entri ini] Entri kali ni super banyak gambar ye.


Saya tempah pintu masa pergi Expo Perabot di Bidor ni je. Plan asal nak cari tilam. Last-last tilam nya ngak ketemu. Company yang buat pintu ni ada kedai di Ipoh dan kilang pun Ipoh. Namanya Milan Iron Design.


Tip dari Seller
Harga expo dan kedai berbeza. Malah, harga expo pun berbeza bergantung kepada lokaliti expo yang berlangsung tu. Tempat macam luar bandar lagi murah la harganya berbanding yang bandar.


Proses Pembayaran Pintu

1. Semasa booking, kami dah letak deposit siap-siap
2. Bila dah dapat je kunci rumah, kami bayar duit untuk beli besi dulu.
3. Lepas tu, kami tunggu pintu kami siap dulu baru panggil orang pecah sliding door.
4. Bila siap je pintu terus proses untuk pecah sliding door.
5. Kitorang tunggu simen kering dalam 2 hari macam tu, terus besoknya pagi-pagi proses install pintu baru. Yippie!!
6. Bayaran terakhir pun kami buat sejurus selepas pintu dipasang. Kontraktor pintu pun beri kami resit asal.


Ni masa booking yang pertama sekali sebelum kitorang decide nak tukar saiz pintu

Sepanjang proses deal ni, 2 kali je kitorang buat bayaran cash iaitu masa booking pintu dan waktu selepas pemasangan pintu. Selebihnya, kitorang buat online transfer je. Senang sangat.


Kenapa kami tunggu pintu siap dulu baru pecah sliding door? 

Alasan nya sebab tak nak biar rumah kitorang terlopong lama sangat tidak berpintu. Risau la juga. Macam kes kitorang, 2 hari tak silap rumah tak berpintu tapi kontraktor tutup dengan alas kanvas dan hadang dengan kayu-kayu.


Bawah ni saya share la gambar sepanjang proses pecah dinding sliding door. Untuk kos pecah sliding door ni saya tak da sebab dalam masa yang sama, saya buat table top di dapur rumah. Jadi, saya tak tahu harga asingnya berapa. Memula dia bagi quotation untuk table top, pecah dinding dan ikat batu RM4000. Tapi selepas dia pecah dinding rumah kitorang, baru dia tahu yang frame pintu kitorang tu pakai konkrit. Jadi, dia tanya kalau boleh tambah lagi RM500. Kami pun dengan paksa rela tambah je la.




Ni la frame yang saya maksudkan



Sebenarnya nak pasang pintu pun ada cara dia. Bahagian bawah mesti dalam 3 inci lebih kurang dari saiz frame sebab nak tanam pintu tu nanti. Macam gambar rajah bawah ni.





Lepas siap je ikat batu dinding tu dan memang dah set timing pemasangan dengan kontraktor pintu, Depa pun datang lah pasang. Teruja melihatnya. Masa pasang ni, saya tengok dorang ukur-ukur gak pakai laser nak cek lurus ke tak. Tapi masalahnya, lantai kitorang ni yang senget. Cis sungguh.






Dan akhirnya, kami dapatlah kunci pintu yang baru. Yeay! Nampak tak kunci tu ada biru dan hitam kepalanya. Dan yang kepala hitam tu ada lock warna silver dan gold. Tanda-tanda ni ada fungsi dia.

Kunci kepala biru: Ini kami dapat beberapa keping. Guna dia adalah sebagai kunci sementara supaya kontraktor boleh keluar masuk rumah guna kunci ni.
Kunci kepala hitam berbatang emas: Ini adalah kunci master. Bermaksud bila selesai je proses kerja-kerja guna kontraktor dalam rumah dan rasminya tiada orang akan keluar masuk rumah selain tuan rumah. Kunci ini akan digunakan untuk locked pintu. Sekali je guna kunci emas ni, kunci kepala biru tadi tak akan dapat digunakan lagi. Boleh buang lah. Kalau lah orang nak buat aniaya, duplicate kunci kepala biru tu, dorang tetap tak boleh masuk rumah sebab kunci biru tu sudah dibatalkan dalam sistem security pintu ni.




Bila pintu dah siap pasang, barulah proses plaster dimulakan pada keesokan harinya.






Bila plaster dinding dah setel, jenuh la saya dok pulun sental lantai yang berhabuk tu. Dan tibalah masa untuk mengecat pula. Tapi saya dan suami tak buat sendiri. Kami upah orang. Mudah sikit kerja upah orang. Kalau buat sendiri, jenuh dok kejar anak kecik yang sorang ni.


xoxo
dhiera

8 komen:

Nadhie Wueen berkata...

Cantik je security door tu. & tqq pada tips. maybe one fine a day nak pasang jugak . hehe:)

el berkata...

cantik rumah wpun x siap lagi :)

norhidana berkata...

baru tau psl security door nih... mmg betul2 sistem yg selamat..

dhiera zainudin berkata...

@nadhie wueen
terima kasih. selamat pasang

dhiera zainudin berkata...

@el
dah duduk sebenarnya. ni entri throwback

dhiera zainudin berkata...

@norhidana miswan
alhamdulillah. setakat ni memang rasa secure

Unknown berkata...

Setakat ni puan ada masalah tak dengan security door tu? Berminat juga nak pasang, tapi tak tau berbaloi ke tak..

dhiera zainudin berkata...

@mohd syafiq abu bakar
saya sudah naikkan 1 entri untuk pertanyaan tuan: http://dhieranottie.blogspot.my/2017/11/review-security-door-selepas-9-bulan.html