page

Jumaat, 13 April 2012

Makan-makan dekat ChicKing

Salam pembuka bicara..


Tak sempat nak update semalam. Badan lemau. Kaki saya sakit-sakit sengal-sengal. Pagi semalam bangun lambat. Untung la kerja masuk pukul 9 kalau masuk awal mahu pejam mata pergi kerja. Semuanya pasal saya pergi mandi manda ke Sungai Tekala, Hulu Langat lepas tu sambung jalan-jalan dekat Bukit Cerakah, Shah Alam rabu lepas. Rabu tu ladies day you all... Keluar berjalan dengan tinggal kan tunang masing-masing. Ala-ala, macam zaman single. Aktiviti sebelum tamatkan zaman bujang.


Pasal ladies day ni lah, tunang masing-masing buat mogok sebab kena tinggal. Malam tu ladies yang merayap siang nya kena pujuk tunang masing-masing. Adoi lar lelaki.. Entri pasal mandi-manda nanti lah update sebab malas nak transfer gambar lagi.




Hari tu kan saya ada makan-makan dekat satu restoran dari UAE ni. Fast food restaurant ala-ala KFC gitu. Nama dia ChicKing dekat Seksyen 7, Shah Alam.




Saya beli set burger untuk 2 orang harga dalam RM12 sahaja. Set burger ayam tambah french fries tambah carbonate drink. Yang special, kedai ni tak ada government tax dan service tax taw. Harga yang tulis dekat skrin adalah harga mati. Tak ada tambahan apa-apa. Terkejut tak? Saya terkejut sebab belum pernah pergi mana-mana fast food yang tak ada tax even makan dekat Burger King pun ada 6% extra charge untuk government tax.




Rasa burger ayam ni kalau nak dibandingkan dengan zinger burger, burger ayam ChicKing lagi sedap. Zinger burger dari KFC macam kureng sikit. Persekitaran kedai bersih dan tak ramai orang macam KFC yang kena beratur panjang. Bos dia pun Arab taw. Masuk sini sila speaking english ya. kihkih..


Eh, siapa dah makan Double Deal Burger King? Saya sudah. Baru je semalam.


xoxo

15 ulasan:

  1. arga diletak kakak rasa dah inclusive tax cuma tak tunjuk dalam bill. Nampak memang bersih dan pastinya sedap... kat JB tak adalah dhiera...

    BalasPadam
  2. haha catchy betul nama dia chicking !

    BalasPadam
  3. next tyme sila bawak saya ke sana yek...tinggalkan tunang masing2 lagi.heheh

    BalasPadam
  4. oke-oke!

    serius saya tak pernah tau pun pasal kedai ni. hee.

    BalasPadam
  5. x penah dgr nama restoran ni...
    kena speaking? x pela den blk umah la mkn... ;-)

    BalasPadam
  6. ade jugak terdengar dari mulut ke mulut pasal chicking ni..tp belum nak pegi lagi..
    wahh..ok la tu harga mati xde tax bagai..

    bege tu lom mkn lg..hihi

    BalasPadam
  7. errr sedap meh burger die? hehe wen namapk je kedai die.. masuk blom g ehhee

    BalasPadam
  8. fuyooo. takde tax tu. nak pergi nak pergi ! heheh

    BalasPadam
  9. xpnh lagi..sek bpe kak?wuu

    tp ira mkn burger beef dia import astralian kat area serdang.;p

    BalasPadam
  10. wahhhh nape kat JB tak ade hahhh... nampak macam sodappp jerrr... asyik mc D jerr sesekali nak gak rasa lain..

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami...
    pasang roof rack carrier atas kereta

    BalasPadam
  11. sdp x??xpnh dgr dgr plak chicking ni..hehe

    BalasPadam
  12. dekat shah alam ye? Nanti nak suh abah cekidaut. haha.

    BalasPadam
  13. pesaing KFC la ni..

    tp kalau ke KFC...sy tak suka pesan burger or benda2 lain.. tak bape sedap..

    nak puas hati..kena ambil snack plate..kalau rasa nak tamak haloba pilih dinner plate...baru puas hati.. hehe.. :)

    BalasPadam