page

Sabtu, 4 Februari 2012

Jangan minum berdiri!

Salam pembuka bicara..


Mood malas nak update sudah datang kembali. Hari ini paksa diri untuk rajin update. hehe.


Biasa tak mak atau ayah marah sebab minum berdiri?? Masa kecik-kecik dulu, bila mak ayah marah alasan ye sebab Rasulullah melarang kite minum berdiri. Pernah jugak terfikir kenapa tak boleh tapi tak bertanya.


Dah dewasa ni, dah kenal google jadi google saja pun boleh kan?




Dari Anas dan Qatadah, Rasulullah saw bersabda: 
Sesungguhnya beliau melarang seseorang minum sambil berdiri, Qotadah berkata:”Bagaimana dengan makan?” beliau menjawab: “Itu kebih buruk lagi”. (HR. Muslim dan Turmidzi)
Bersabda Nabi dari Abu Hurairah,“Jangan kalian minum sambil berdiri ! Apabila kalian lupa, maka hendaknya ia muntahkan !” (HR. Muslim)




Dari segi perubatan, dalam badan kita ada satu penapis. Prinsip dia sama je macam penapis air dekat rumah tu. Uniknya, penapis ini akan terbuka bila kita duduk. Manakala, tertutup bila kita berdiri. Penapis ni dipanggil penyaring sfringer.


Dalam air minuman kita, ada pelbagai bahan-bahan yang belum tentu sesuai dengan fungsi badan kita. Jadi, air yang kita minum perlu dibersihkan sebelum diolah untuk kegunaan badan.


Jadi, disini lah penapis ini memainkan peranan dia. Kalau dekat rumah, kita guna penapis air untuk pastikan air minum bersih. Penapis di dalam badan kita pun memainkan peranan membersihkan air yang masuk dalam badan. Kalau kita minum duduk, maka penapis akan terbuka dan air yang diminum dapat dibersihkan sebelum digunakan oleh badan. Kalau kita minum berdiri, penapis akan tertutup dan terus pundi kencing kita.




Cuba bayang kan dalam air ada beberapa compound yang badan kita tak guna dan minum pulak dengan cara berdiri. Tak ada penapis yang membantu untuk membersihkannya. Jadi, bahan yang badan kita tak guna ni akan berkumpul dalam ureter. Lama-lama, bahan yang terkumpul ini akan bersatu macam keladak dan membentuk kristal atau batu karang. Tak bagus kan untuk kesihatan kita!


Jadi, kawan-kawan ada hikmah disebalik pesanan. hehehe.


Selamat beramal~


xoxo

38 ulasan:

  1. dan makan biar kunyah betul2.. baru makanan tu dapat dihadam dgn sempurna.. :)

    BalasPadam
  2. ahah!
    kdg2 nk cpt,maen belasah je...huhu
    kena ubahla habit ni.

    BalasPadam
  3. ramai yg selalu buat kn?

    gud info!
    tq

    BalasPadam
  4. dpt kat fb ea?hee..br bc kat fb pagi td..;p


    psss : cikgu pend khas y kena jd versatile..huuu..xtau pon kena belajar blk k.dhiera...thankss.. :)

    BalasPadam
  5. salam maulidur rasul dhiera..ehem nice info !!..tapikan dhiera ramai sgt org makan berdiri skrg ni.. :)

    BalasPadam
  6. bila mak ayah marah tu..ada sebabnya kan...:D

    #baru tahu jugak pasal ni...hee~

    BalasPadam
  7. @KhaiRin - anies
    betul anis. kadang2 kita yg dah tahu pun buat jugak. pang!

    BalasPadam
  8. @Juliet_iRa~"
    ira, akak ada belajar dulu. baca FB terus teringat~ hehe

    BalasPadam
  9. @mama aini
    salam maulidur rasul jugak mama~
    betul tu. kat mana2 boleh jumpa orang yg buat macam ni~

    BalasPadam
  10. lagi pun minum berdiri kan tak bape nak sopan..lagi2 la minum sambil brjalan...huhu

    salam maulidur rasul dhiera..:)

    BalasPadam
  11. dalam islam pun dilarang minum berdiri...

    BalasPadam
  12. sunah nabi tu semua perkara baik kan =)

    BalasPadam
  13. penuh hikmah..
    bazir saya kalau minum tak tertapis kan.. beringat selalu, insyaAllah. thanks sis dhiera :)

    BalasPadam
  14. dah jd habit kan minum berdiri..lepas ni kena elakkan..

    BalasPadam
  15. Err,

    setiap sunah tu semua untuk kebaikan sebenarnya =)

    BalasPadam
  16. Tau memang tak boleh minum berdiri, tapi buat jugak.. ishk. t_T

    BalasPadam
  17. uishh...patut la saya kena batu karang.suka sangat minum berdiri.hmmm..time kasih ye cik dhiera untuk ini

    BalasPadam
  18. salam...bagus info ni..ade terbaca di wall fb gak..

    cma mmg x minum berdiri...

    tq for sharing..

    BalasPadam
  19. org tua2 sllu tegur kan x baik mkn mnum bdiri :)






    luv,
    cik ana

    BalasPadam
  20. dulu pun sy minum berdiri...lepas tahu tentang ni...baru duduk..

    tp kadang2 lupa juga... :)

    BalasPadam
  21. yuppp kalau mak ayah aku tengok aku makan sambil bediri mmg kena marah punya .... mmg tak nampak elok disisi mata orang tua..

    ۞۞۞۞Salam Maulidul Rasul ۞۞۞۞
    diy pemasangan carpet dan insulflex lantai kereta

    BalasPadam
  22. alamak selalu minum berdiri dekat peti ais! hehe.

    BalasPadam
  23. hee, banyak jumpa kat fb ckp psl ni. tak elok tp sy slalu tbuat. minum sambil jln g sink nk basuh cwn. ish, teruk betul ank dara. hee.

    BalasPadam
  24. dr tadi aku asyik tenung gambarajah tu nak cari mana letaknya penyaring sfringer. kat mana kat mana.

    tak sopan makan minum berdiri.

    BalasPadam