page

Isnin, 15 April 2013

Cubaan menghias hantaran ungu

Salam pembuka bicara..


9 March hari tu, kawan rapat saya dari sekolah sudah pun mendirikan rumah tangga dengan kawan sekelas saya masa tingkatan 4 dan 5. Alhamdulillah dan semoga perkahwinan mereka berpanjangan. Sengaja menawarkan diri untuk buat hiasan pada hantaran. Dari pemilihan bunga dan hiasan semuanya saya yang pilih tapi mesti lah persetujuan bersama dengan kawan saya.


Ini adalah bunga pilihan saya. MMS gambar bunga je dekat member.




Ini pula adalah barang hantaran dia yang saya hias. In shaa Allah, saya bercadang untuk buat servis hias hantaran. Kalau ada yang berminat, sila lah emel saya. Emel ada pada sidebar, bagitahu bajet sekali la ye.











Hasil dari saya yang masih berjinak-jinak. Kira ini hantaran kali kedua la yang saya buat sendiri selepas hantaran kahwin dulu. Berminat nak cuba hasil tangan saya? Emel lah ye.


xoxo

10 ulasan: