page

Jumaat, 27 Januari 2012

Cuti je nak jalan-jalan

Salam pembuka bicara..


Hari ni nak bercerita aktiviti weekend lepas. Arghhhh... saya tahu cerita basi. Fine. Tapi nak cerita jugak..


Sabtu : 21 Jan 2012
Pagi tu saya bekerja seperti biasa. Sabtu kerja half day.

Lepas balik kerja terus makan dan gerak ke Rawang. Nasib jalan ke Selatan tak jammed macam jalan nak ke Utara. Sabtu lepas, saya dapat cousin baru la kawan-kawan. Jam 5.55 petang. Sepupu saya selamat bernikah dengan lelaki pilihan hati.

Baju dia cantik! Chiffon beaded. Kain mahal. Upah jahit pun mahal. Saya cari yang bajet-bajet je. Tunang selalu kata "untung dapat tunang yang tak cerewet, yang bukan nak barang mahal-mahal". Yang penting, perut kenyang. Pang!


Sepupu saya yang lain-lain kata muka suami cousin saya ni macam muka tunang saya. Cuma Z lagi chubby pipi nya dan gelap sikit. haha

Petang tu balik rumah ikut jalan dalam dari Rawang keluar ke UNISEL dan terus ke rumah. Sebab jalan masih jammed lagi.


Ahad : 22.1.2012
Ahad pagi-pagi terus ke Rawang sekali lagi untuk majlis persandingan sepupu saya.

Pelamin warna krim gold yang sangat cantik tertarik. Sure ramai nak pelamin macam ni. (for girls la)


Pengantin pakai baju warna hijau. Bukan pengantin lelaki yang rendah tapi sepupu saya, si pengantin perempuan yang tinggi lampai.



Isnin : 23.1.2012
Hari isnin pula saya ikut emak dan ayah serta sepupu yang lain pergi meminang di Masjid Tanah, Melaka bagi wakil sepupu lelaki saya. Mak long dan pak long saya dah tiada. Jadi, kami jadi wakil keluarga lah. he


Tema warna hijau jugak! Suka hijau~ Bawah gambar sebelum balik. Yang budak-budak tu semuanya anak saudara saya. Ayah saya anak bongsu. Anak buah sulung ayah saya pun lebih kurang sebaya je dengan ayah. Umur 40-an jugak. huhu


Selasa : 24.1.2012
Hari ini beristirehat di rumah. Rehat sampai lemau

 
Itu lah aktiviti hujung minggu lepas. Tahun ni tahun kembangkan keluarga. Akan ada 3 majlis perkahwinan dalam keluarga saya tahun ini. Selamat datang kepada bakal-bakal.


xoxo

47 ulasan:

  1. cantik nye pelamin die...suke!!!
    baju pengantin kaler ijau tu pon sangat cantik!!

    BalasPadam
  2. Nampak sepupu dhiera memang tinggi. Pengapit dia paras bahu dia je... pengapit lelaki kan nampak balance dgn pengantin lelaki... betullah bukan dia pendik tapi isteri dia tinggi:)

    Seronok tengok gambar last:)

    BalasPadam
  3. tahniah buat ur cousin.jelesnya tengok orang dah kahwin.hmmm..

    BalasPadam
  4. sangat cantik pelamin...gorgeous :)
    like bnyk...

    BalasPadam
  5. serius ! memang cantekkkk sangatttt pelamin tuuu . heee :)


    #dhiera , bena da buat tuto dekat blog baru . heeee . selamat mencube ! hee :)

    BalasPadam
  6. assalam dhiera..`selamat penagantin baru buat sepupu dhiera`..cantik org dan juga pelaminnya..ehem penuhnya jadual dhiera ari tu ya.. :)

    BalasPadam
  7. hehheheh...rehat sampai lemau tu la ila nak dgr..ngeh3..

    cntik juga baju pengantin warna ijau tu kan...suka3..

    BalasPadam
  8. a'ah la..da iras tunang dhiera..hukhuk..btw, dhiera dok mane ea? cm familiar jer tmpat2 yg dhiera g..

    BalasPadam
  9. amboi, sgt bnyk majlis..hehe..slh satu majlis yg bakal tu msti dgn ehem2 kan..

    semoga bahagia :D

    BalasPadam
  10. Serious, cantik gla pelamin tu. Bertambahlh keluarga Dhiera, untung sanak saudara ramai, meriah gtu kan.

    BalasPadam
  11. cantiknya pelamin tu...lagi2 bunga2 yg tersusun kt bahagian tepi..nice..!! :)

    seronok lah tahun ni yer....

    bila la eh saya nak buat sesi mengembangkan keluarga ni..huhu....

    BalasPadam
  12. chantek nye baju die... pelamin die pun chantekkkk... okeh,berangan dah ni.. haha...

    BalasPadam
  13. wah...meriahnya...selamat pengantin kepada mereka...

    BalasPadam
  14. cantik gila pelamin tuuu!! tinggi cousin dhiera. unik la kaler hijau baju pengantin tu. tak ramai rasanya pilih hijau tu.

    BalasPadam
  15. @Kakzakie
    kan kak~
    gambar family. dah lama xgambar reramai macam ni

    BalasPadam
  16. @budak kacamata
    kamu duduk rawang ke bukit beruntung ea? kite duduk kuala kubu bharu. umah cousin dekat kundang jaya.

    BalasPadam
  17. @Hana Soffelia
    betul2..hana buat anak ramai2. seronok taw ramai adik beradik dan sedara. he

    BalasPadam
  18. okee mmg cantik pelamin, baju nikah..heee..cantik btol..warna baju sanding tu sgt unik..:)

    pss : alaa awat akk ckp..ngee...xpe2..lambat lg..tunggu kakak ira kahwin dl..heee..;p..dia plak xnk tunang..ntah..pening..kekeke ;p..aritu ammar ada tnye ira, y mak akk mnta no fon umah nk jemput ea..hee

    BalasPadam
  19. eh lupa la..

    gstt tu = guru sandaran tak terlatih..mksudnya dah mengajar kat sekolah scr kontrak tp xda latihan ikhtisas utk jd cikgu..ada y dah ada degree, diploma, stpm..camtu la..hee

    BalasPadam
  20. cantiknyee pelamin versi moden nih..:)

    BalasPadam
  21. ahai..terasa nak khwen lah pulak...hahha~

    BalasPadam
  22. wow..padatnye..

    tahniah bt ur kazen..

    xpe,,lelaki rendah ni murah rezeki.. :)

    both of them sgt padan..

    meriah majlis camni..

    BalasPadam
  23. dhirea, aku tak boleh nak tengok pic2 org kawin.. tarasa diri ini dah sampai waktunya.. hakhak hak

    BalasPadam
  24. dhiera.. sori lame x singgah blog dhiera ni. rina pn da lame x update blog. tibe2 je mood blogging pergi menjauh.. ekeke ^.^

    ala, biase la tu dhiera. govenmen ni mcm2 hal. pasal hpv vaksin tah2 belum keluar pekeliling kot. kalau x masekan lppkn tu xtaw menahu? ke najib propa je? kalau dhiera nak save bayar klinik swasta, dhiera cek betul2 dulu betul ke hpv vaksin ni betul2 ade free cam najib kate tu.

    BalasPadam
  25. pelamin cantikkk..ringkas tp grand..! likeee...

    BalasPadam
  26. cantik gile pelamin tu!!! nak mcm tu gak!!

    BalasPadam
  27. waaa,


    tahun ni tahun kawin sedunia ke dlm fmily kau ?



    HAHAHAHAH

    BalasPadam
  28. tahniah kepada pasangan pengantin :)
    alhamdulillah terbina masjid lagi..

    *suka sgt dgn pelamin tu. siap rose besar2 tu cun melecung~

    BalasPadam
  29. pelamin tu gojes sangat eh. eee geram. hehe.

    baju pengantin sepupu tinggi lampai ko pun lawa.ye la org lawa pakai apa pun ngan je.

    byknya aktiviti kawin fmly korg tahun ni.

    BalasPadam
  30. lawa giler pelamin...hehe..yup perut tetamu yg paling penting...fokus kat situ..buatlah gah kat hotel tp kalo food tak sedap tetap tak boleh blah...

    Jemput baca,
    Arrowhead China Chips (Buah Ngaku)
    atau
    PHUKET : Destinasi berbulan madu

    BalasPadam
  31. Cantik pelamin tuh...suka sangat...ada roses lagi....suka suka suka...LIKEEEE....

    BalasPadam
  32. pengantin lelaki rendah tu, murah rezeki... :)

    pelamin dia serius cantik gila!!!

    BalasPadam
  33. blh x nk tau butik pe pelamin tu..email sy ek norhidayah@anatel.com.my

    BalasPadam
  34. salam.cantiknye pelamin ne.boleh x nak taw name butik pelamin ne.thanx :)

    BalasPadam
  35. like,like..bt sndri ke pelamin?

    BalasPadam