page

Isnin, 24 Oktober 2011

Excited naik feri

Salam pembuka bicara..

Entri ini betul-betul entri terakhir di Penang. hahaha.

Masa datang Penang, hari dah malam kan? Jadi, kau masuk ke pulau melalui jalan darat. Tapi masa balik, kami ambil kesempatan untuk naik feri pula. Ini adalah kali pertama saya menaiki feri. Excited sangat!


Banyak kereta naik feri. Dalam cerita anak mami,penumpang ada tempat duduk. Tapi feri ini tak ada la pula. Kereta hitam ni asyik berbunyi je.


Amaran menaiki feri. Pasang brek tangan sepenuhnya dan matikan enjin.


Spot. Ili bersama feri. Suka gambar ini.


Selamat tinggal Penang. Ada jodoh, saya datang lagi. Kenangan yang manis untuk dikenang bersama rakan-rakan tersayang.

Balik dari Penang sampai dekat-dekat Ipoh, kami dah lapar. Jadi, berehat kejap sambil makan di Padang Polo Ipoh. Sedap ok laksa dia.


Buat siapa-siapa yang datang ke Penang, makanan kat Penang sangat best. Saya tak dapat merasa laksa Penang dan char kueh tiaw. Ada rasa kesal sikit.

Disebabkan kat Penang asyik makan je, berat saya naik 2kg. Amekaw! Menangis. Saya memang takut kalau berat saya cecah angka 50kg. Sekali dapat kau, 50kg! Sampai sekarang, turun sekilo jerk. Z asyik cakap saya dah gemuk. Untuk sedapkan hati, sekurang-kurangnya berat saya tak da lah 50kg lagi. 50kg = mimpi ngeri! Rupanya, kawan-kawan saya pun naik dalam 2 ke 3 kg.

Nasihat saya, kalau datang Penang, bersedia lah untuk naik berat. Kalau diet, jangan datang Penang sebab takut kau tak dapat nak kawal pengambilan makanan!

Oh ya, kalau kamu nak ke sini tapi tak tahu nak tinggal kat hotel mana, boleh lah cuba cari hotel Pulau Pinang yang sesuai di sini. Banyak pilihan hotel yang menarik.

xoxo

26 ulasan:

  1. wah best nye... aku pernah g penang sekali je.. tu pon lalu jambatan.. xnaik feri.. sentimental tol kan :)

    BalasPadam
  2. wahhh laksa penang ..mak umi selalu buat .. sedap2 ..

    dah lama dah tak naik feri :). Mesti best naik feri gan kawan2 kan ..nice entri :)

    BalasPadam
  3. wah holiday sakan ni !!..mama dan2 nak ajak en.hb kesana pas ni..

    BalasPadam
  4. mmg excited nek feri..rasa bergelora perut bila meredah ombak besar ;p

    ala, waktu bercuti xpe korbankan berat sket..lepas tu cover balik..=p

    BalasPadam
  5. wahh best2 ,
    happy2 jehh nmpak .
    nti lain kli ajak Aieyn jgk tau hehe .
    Aieyn pun takut naik berat badan ;)
    oke lh smoga begembira :)

    BalasPadam
  6. Feri dulu memang ada bahagian tempat duduk penumpang di tingkat atas, sekarang cuma ada 2-3 feri je ada, yang lain diorang ubahsuai buat tempat kereta bagi menampung jumlah kereta yang meningkat.. :)

    BalasPadam
  7. eh, upsi tu universiti..kalo yg amek kpli dekat ipg ( institut perguruan guru )cuma setahun kursus. ada berpuluh2 institut perguruan guru serata malaysia~ huhu

    BalasPadam
  8. pergi penang last 3 years macam pelancong asing berjalan merata tengok map ngan coursemates smua..hehe..memang best..

    tempat duduk feri biasa kat atas kan?ker feri ni setingkat jer?

    BalasPadam
  9. berat ct dah melebihi 50kg...huhu..ari2 nangis..

    ala..xdpt nk pergi lah...xsanggup menaikkan berat...hehe

    BalasPadam
  10. eksited nampak naik feri.hehe.. :P

    BalasPadam
  11. naik feri?

    huhu..cma nek sampan bese pun dah gayat..#_#

    *tu dia mkn x hengat sampai berat bdn leh nek mendadak..huhu..

    tp bab mkn dlm entri ke penang ni mmg terbaekk...

    BalasPadam
  12. haha...sampai naik berat bdn makan nyer pasal...huhu..sempoi..:)

    BalasPadam
  13. dhiera, tempat duduk penumpang tue kat sebelah atas feri la..kat tempat kereta tue memang takde...

    rugi la kalau datang penang tak makan char keow teow..lain kali mesti cuba tau

    BalasPadam
  14. Pernah naik feri mcm ni masa nak g Tak Bai, Thailand. Tp dh lama gle kot sebelum huru hara berlaku kat sana.

    BalasPadam
  15. Awat tak habaq nak mai..buleh belanja makan char kue teaw

    BalasPadam
  16. char kueh tiaw penang mmg sedap! :)

    BalasPadam
  17. lima puloh masih lagi ringan sis,
    mahu separuh dari berat pocket tuu :)
    heheh

    BalasPadam
  18. dulu sy keje kat sana..setiap hari nek feri....;d..laksa peneng memang best....;d

    BalasPadam
  19. dah lama x pekena laksa penang...... blik raya cina n nk ke sana lak....

    BalasPadam
  20. kakaka
    abislah dakuu..dah la sedia gomok
    dok gomok lag la..sebb nak p penang cuti nnti
    ayooo
    napelah laksa tu mggoda aiii
    kite antu laksaaa..waaaa
    dah lame x naik feri p.pinang =]

    BalasPadam
  21. yang lepak kat tempat parking tuh tak pernah lagi syuk wat hehe

    BalasPadam
  22. laksa.. sedapnya... :)
    kalau kt Bandr tun razak, laksa langkawi kt pasar mlm paling syiok ^^

    BalasPadam