page

Khamis, 7 April 2011

Resepi: Kek red velvet

Salam pembuka bicara..

Tiba-tiba, ada mood untuk tulis cara nak buat red velvet cake. Sebab baru saja kejap tadi order kek lapis sarawak dengan encik mijie.

Jom layan gambar dulu. Biar kamu terliur tengok.


Cara-cara nak buat kek ini agak panjang. Kalau kamu rasa berminat untuk buat sendiri atau nak simpan resepi ini buat kenangan, feel free to emel saya. Lagi mudah daripada kamu salin panjang-panjang. Resepi khas yang di datangkan dari UPM oleh ex-roomate saya.

Bahan-bahan untuk buat sebiji kek.

Bahan A: kek
2 1/2 cawan tepung kek
1 sudu kecil serbuk penaik
2 sudu besar serbuk koko (van houten)
2 oz pewarna *kalau tak tahu oz, agak-agak saja.
1/2 cawan butter
1 1/2 cup gula
2 biji telur (suhu bilik)
2 sudu kecil esen vanila
1 cup buttermilk (suhu bilik) *boleh juga buat sendiri. kalau nak, emel saya atau tinggalkan emel kamu di ruangan komen.
1 sudu kecil cuka putih
1 sudu kecil sodium bikarbonat/ baking soda

Bahan B: Cream cheese frosting
2 buku cream cheese (dilembutkan)
1/2 cawan butter (dilembutkan)
2 sudu kecil esen vanila
2 cawan gula icing (diayak) *kalau tak suka manis boleh kurangkan, saya mesti kurangkan

Cara buat kek
1. Sapukan butter pada 2 loyang bulat atau 3 loyang bulat yang sama saiz
2. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celsius
3. Ayak tepung kek + serbuk penaik.
4. Dalam satu bekas kecil, gaulkan serbuk koko dengan pewarna merah sehingga pes tidak berketul.
5. Dalam satu bekas besar, pukul butter + gula sehingga kembang.
6. Masukan telur satu persatu dalam bekas besar.
7. Masukan esen vanila + pes koko merah dan gaul dalam bekas besar.
8. Perlahankan mixer. Masukan 1/3 daripada tepung dan pukul rata.
9. Kemudian masukan 1/2 daripada buttermilk dan pukul rata.
10. Ulang langkah 8 dan 9.
11. Campurkan cuka + baking soda dalam bekas kecil. Nanti akan berbuih.
12. Cepat-cepat campurkan dalam adunan kek dan gaul kemudian masukan dalam loyang dan bakar.
13. Bakar pada suhu 170 darjah celsius selama 25-30 minit.

* Kek ini moist, jadi kena cek awal. Bila cucuk dengan lidi dah bersih, keluarkan dari oven.
* Sejukkan kek selama 10 minit sebelum keluarkan dari loyang.
* Pastikan kek sudah betul-betul sejuk baru letak frosting

Cara buat cream cheese frosting
1. Pukul butter + cream cheese sampai halus
2. Perlahankan mixer dan tambah gula icing + esen vanila

Untuk letak frosting
1. Terbalikan kek pertama supaya bahagian kek yang rata di atas.
2. Sapu frosting di bahagian rata kek. *Lagi tebal lagi sedap
3. Letak kek yang kedua ata kek tadi. Bahagian rata menghadap bawah.
4. Sapu frosting di seluruh kek.

Kek ini sedap kalau sudah masuk dalam peti sejuk dan keluarkan sekejap bagi dia tak keras, baru makan.

Cubalah buat kek ini ye kawan-kawan. Jangan lupa beritahu hasilnya. he

Pada kamu yang nak makan kek lapis sarawak boleh lah order dengan encik mijie ini. [klik sini]. Nak order untuk apa-apa majlis sebagai door gift pun boleh. Tanya je dengan encik mijie ni. he.

Nak tahu entri kek yang lain. [klik sini] Kek murah-murah tahu.

xoxo

37 ulasan:

  1. Lovely cake but as for the coloring, will choose the natural one for sure, either pandan or bunga raya or roses colour from my garden.

    BalasPadam
  2. Salam kunjungan, jgn lupa singgah ke blog sya ;)

    BalasPadam
  3. @ Nava Krishnan: the natural one alwz be the best food prodct

    BalasPadam
  4. @ Zuwairi Aiman: ok,saya singgah kejap lagi~

    BalasPadam
  5. wahh..buatkan..Im starving for dis cake!haha

    BalasPadam
  6. jaja, resepi ada kat atas tu. rajin-rajin kan la buat kek! hukhuk. test test sebelum kawen. nanti besday apex buat je la kek ni. meow3. apa kata, ur wedding nanti bagi door gift kat kami red velvet cake versi cup cake~ huhu

    BalasPadam
  7. Alamak.. ni tak boleh jadi ni, kena cuba juga resipi ni... apa-apa pun, terima kasih kerana sudi kongsi

    BalasPadam
  8. sedap eh kek ni? selalu nampak gambar ni merata tempat, tapi tak pernah makan pon. huhu.

    BalasPadam
  9. sedap eh kek ni? selalu nampak gambar ni merata tempat, tapi tak pernah makan pon. huhu.

    BalasPadam
  10. @ .izzati liyana.: kamu kena try, baru taw penangan kek ni~hu

    BalasPadam
  11. nampak kek ni sgt sedap... nk cuba la... mohon share resepi ye ~ tq tq tq

    http://nourizuanny.blogspot.com/

    BalasPadam
  12. @ wanny :: cuba lah.. sedap. yummy2~ hiks

    BalasPadam
  13. wahhh nak try!
    dhiera, sy ade anta email tanye pasal buttermilk n cream cheese ^_^

    BalasPadam
  14. @ kamal "Özil" haziq : hek..sila tengok tapi pejam mata. Boleh ke macam tu?

    @ Ct Arina: baik..saya reply secepat mungkin~ he

    BalasPadam
  15. hari tu dah cuba,tapi oven rosak masa tgh bake...T___T sedihhhhhhhhhhhhhh

    last2, kukus je..

    BalasPadam
  16. sedapnyee..tringin sgt2222 nak buat ..huhu..

    BalasPadam
  17. kak buttermilk nk wat sendiri cm ner???

    BalasPadam
  18. Kak kalau frosting cheese memang dia akan keras ke ? tak meleleh ke ?

    BalasPadam
  19. @ fifie : frosting cheese dia tak keras dan tak cair sgt. tapi klo dibiarkan pada suhu bilik lama, dia akan senang cair. klo xnk makan immediately, kena simpan dalam peti ais~

    BalasPadam
  20. @ hazatul : nak buat buttermilk ye?

    bahan nak buat buttermilk:
    - 1 cwn (240 ml) susu kotak full cream
    - 1 3/4 sudu besar krim tartar atau 1 sudu besar cuka putih atau 1 sudu
    besar jus lemon (mana2 pun boleh)

    cara nak buat dia:
    - Tartar / cuka / jus lemon dicampurkan dengan susu.
    - biar 15minit.
    - Kacau rata sebelum guna

    senang je nak buat. huhu

    hopefully, menjadi ye~

    BalasPadam
  21. agak2 cair x kalo 4jam perjalanan nk balek kg??

    BalasPadam
  22. dah try..tengs..sgt senang dan sedap..tq atas resipi ni...

    BalasPadam
  23. salam sy dah buat! :)

    sedap...

    sy minta copy resepi..dan elin dah pun link kang ke page kamu juga :)

    tq yer..

    BalasPadam
  24. perghhhhh sis,. serius terliur. nak try buat tapi xde masaa.. sobsob. cuti sem ni nak buat gak! grr

    BalasPadam
  25. Dhiera apa bebar cara nk menyediakan buttermilk campurannya ader lh freshmikl dititiskan dgn perahan lem0n serta diperap 1/2 jam...

    BalasPadam
  26. As slm dhiera apa bnr jika nk bt butter milk sendiri campurannya adalah freshmilk dan beberapa titik lem0n dan ianya perlu diperap selama 1/2 jam br blh digunakan

    BalasPadam
  27. Dhiera apa bebar cara nk menyediakan buttermilk campurannya ader lh freshmikl dititiskan dgn perahan lem0n serta diperap 1/2 jam...

    BalasPadam
  28. As slm bagaimn caranya nk sediakan butter milk sendiri ya, trmksh

    BalasPadam
  29. @m zubir jusoh
    maaf.. laptop saya rosak. tak berkesempatan nak bagi.

    bahan utk buttermilk:
    • 1 cup (240 ml) susu kotak full cream
    • sama ada 1 3/4 sbesar cream of tartar atau 1 sbesar cuka putih atau 1 sbesar jus
    lemon

    cara-cara dia:
    campurkan tartar atau cuka atau jus lemon pada susu dan
    biarkan selama 15 minit. Kacau rata sebelum guna. Ataupun campurkan 3/4 cup
    plain yoghurt bersama 1/4 cup susu pun boleh jugak. Ikut mane yang sesuai.

    cara yang kamu cakap pun betul juga.

    BalasPadam
  30. Trmksh atas penerangan...in shaa allah hr niiii nk cuba bt...maaf sampai 3 kali msk k0men bertanya bab cara2 bt buttermilk .....

    BalasPadam
  31. Cuka putih tu sama ke ngan cuka makan atau lain?

    BalasPadam
  32. Bagaimana cara buat buttermilk

    BalasPadam
  33. @Tanpa Nama
    bahan nak buat buttermilk:
    - 1 cwn (240 ml) susu kotak full cream
    - 1 3/4 sudu besar krim tartar atau 1 sudu besar cuka putih atau 1 sudu
    besar jus lemon (mana2 pun boleh)

    cara nak buat dia:
    - Tartar / cuka / jus lemon dicampurkan dengan susu.
    - biar 15minit.
    - Kacau rata sebelum guna

    BalasPadam
  34. mardhiati92@gmail.com

    BalasPadam
  35. Teringin saya mencuba tapi..............!

    BalasPadam