Selasa, 9 November 2010

Free seat kembali..

Salam pembuka bicara..

Semalam saya dapat emel dari Air Asia. ha. Jangan kata tak pernah dengar ea. Lepuk karang. Well, saya memang kaki jalan. Dan setiap kali ada promo dari air asia, saya antara orang yang pertama nak rebut-rebut beli tiket juga. Tapi kali ini, saya agak berlainan. Maka nya, saya cuba meneliti sendiri kenapa saya macam tak berapa nak excited? Jawapannya:

Company tempat saya bekerja memang kedekut cuti. Ya. Susah untuk minta cuti. Ini adalah pesanan dari orang yang lebih berpengalaman dari saya ok! Lagipun, hari sabtu memang hari bekerja untuk saya. Hanya ahad adalah off day saya. Fikirkan berapa banyak cuti yang perlu saya apply kalau untuk berjalan-jalan. Kemungkinan yang harus dihadapi adalah cuti saya di reject. huh. Saya pasti menangis terguling-guling.

Selain itu, saya belum ada annual leave. Budak baru belajar kan. Nak demand cuti banyak-banyak memang di larang. Belajar dari pengalaman. 3 hari unpaid leave saya sewaktu majlis konvokesyen tempoh hari bernilai RM 182.14. Makanya, kesimpulan yang saya dapat huraikan adalah sikit nya gaji saya bulan ini. arghhh. Stress kejap.

Saya rasa saya perlu secara serius untuk membuat simpanan. Secara official nya, saya masih tidak menerima sesiapa dan tawar hati dengan sesiapa. ha. Tetapi ada sesiapa telah membuat saya terharu. Saya namakan dia Z. Saya terharu dengan awak Z. Awak bersungguh tapi belum cukup untuk menyakinkan saya dan saya rasa seperti ada hati-hati yang perlu saya jaga. Kesimpulannya, saya akan menyimpan lebihan wang untuk kegunaan masa akan datang. Yeay.

Keputusan saya pada hari pertama promo: 'say no to fly'.

Isnin, 8 November 2010

Perubahan suasana

Salam pembuka bicara..

Hari ini hari kedua saya bermula bekerja di Tanjung Malim semula setelah hampir 1 bulan saya bekerja di Ipoh. Saya gembira. ha

Sigh~ Saya memang harapkan untuk kembali bekerja di sini tapi saya telah merancang pelbagai agenda di Ipoh. Yang paling tidak menyeronokan adalah tadaaa..... Saya diberi memo untuk pulang pada hari yang di kira hari terakhir saya bekerja di Ipoh. Pada saya, management patut dan harus inform saya awal. Sehari sebelum itu saya keluar bersama collegue-collegue saya di Ipoh. Perancangan kami malam itu adalah untuk tidak memberi apa-apa servis kesihatan supaya banyak masa saya dapat habiskan di Ipoh. Tapi sayang, management macam tahu-tahu je rancang kami dan saya di arah untuk pulang. sigh again~ Apa-apa pun segalanya menjadi seperti sedia kala. Saya suka.

Hujung minggu saya masih penuh dengan pelbagai rencana. Walaupun, saya lagi suka untuk menghabiskan masa di rumah (boleh tidur sepanjang hari) tapi saya tetap ingin mencari hiburan-hiburan lain bersama rakan-rakan. Apa rencana nya??? Saya akan berkongsi di post yang lain.