Isnin, 29 September 2014

Review: Seri Pacific Hotel

Salam pembuka bicara


Hari tu adalah program dekat PWTC selama 4 hari. Sebab saya tak familiar hotel-hotel berdekatan PWTC ni main booked je la hotel sebelah PWTC ni.


Seri Pacific Hotel.


Best jugak hotel ni. Untuk sweet escape pun sesuai sangat lah. Rate dia kira boleh la untuk semalam tapi kalau bermalam-malam tu rasa mahal lah jugak. Hihi. Memula booking untuk 2 malam je sebab ingatkan program 3 hari. Rupanya 4 hari.


Meh intai apa ada dalam bilik ni.


Sebab check in dah lewat dekat pukul 10pm macam tu, kami hanya dapat bilik katil 2 single sedangkan dah request untuk queen/ king bed. Tapi tak pe, pekerja hotel ada datang untuk rapatkan katil dua ni.




Bilik dia sangat besar sampaikan muat ruang untuk kami solat berjemaah bersama-sama. Lepas tu, ada meja untuk kita buat kerja.




Kabinet TV pun siap ada lagi boleh simpan harta karun (baca: alat mekap).




Ruang coffee dan ruang simpanan iron pun berasingan. Kemas. Sangat kemas. Jom intai bilik air dia pulak. Siap ada bath tub dan juga shower. Bilik air dia pun luas.





Harga hotel ni semalaman adalah seperti dibawah. Kan saya ada cakap diatas, saya booking 2 malam dulu. Baru tambah lagi satu malam sebab salah ingat masa program.




Program apa yang saya cakap saya join ni?




Alhamdulillah, banyak sangat input yang saya terima sepanjang program ni berlangsung.


xoxo

Ahad, 28 September 2014

Menu untuk open house

Salam pembuka bicara..


Alhamdulillah, niat nak buat open house setiap tahun dapat dilaksanakan juga tahun ni dengan kehadiran tetamu yang berbeza. Niat nak buat open house setiap tahun sebab nak jamu tetamu datang rumah dan memeriahkan rumah yang kami duduk ni. Ok. Ini entri raya yang terlah berlalu. huhu


Tahun lepas open house dekat rumah Puncak Alam. Tahun ni dekat Bidor pula.


Menu open house tahun ni (2014):
- Bihun Goreng
- Lontong
- Nasi impit + Kuah kacang
- Sate ayam
- Otak-otak
- Rojak buah
- Kek lapis sarawak
- Puding marble
- Kuih raya
- Air oren




Alhamdulillah, kalau bukan disebabkan openhouse ni mesti saya masih tak kenal jiran-jiran saya, Jiran yang bangsa cina dan india pun datang beraya juga. Sekurang-kurangnya, saya kenal beberapa sikap jiran-jiran saya.


Sehari sebelum tu, di klinik pun ada juga buat openhouse. Masa macam ni lah kita kumpul beramai-ramai staf dan borak-borak. Open house klinik ni kami masak beramai-ramai dan ber'pot luck' siap.





Menu openhouse tahun ni upgrade sikit dari tahun lepas sebab tahun lepas kan first time buat openhouse, jadi tak berani buat banyak-banyak.


Menu tahun lepas:
- Bihun goreng
- Laksa
- Buah tembikai
- Kek lapis sarawak
- Agar-agar
- Karipap
- Popia otak-otak
- French fries
- Nugget


Menu tahun lepas banyak betul yang bergoreng-goreng. Hihi. Tahun lepas ramai gak kawan-kawan blogger datang rumah.


xoxo
dhiera