Isnin, 13 Mei 2013

Pengkalan Hulu: Rumah Rehat Pengkalan Hulu

Salam pembuka bicara..


Bulan Februari yang lepas, adik bongsu saya masuk MRSM Pengkalan Hulu, Perak. Saya sengaja la nak ikut mak dan ayah hantar adik saya ke sana sambil tu boleh jalan-jalan tempat orang. Pengkalan Hulu ni terletak di sempadan Thailand dan pekan terdekat selain Pengkalan Hulu adalah Baling, Kedah. Grik jauh  sikit lah. Baling ni tak sampai 30 minit dah sampai dah. Pertama kali datang sini terasa macam jauhnya perjalanan tapi saya tidur je dalam kereta. Hoho



Sampai Pengkalan Hulu kami check in dulu dekat Rumah Rehat Pengkalan Hulu. Ayah nak rehat-rehat la kononnya tapi tak jadi sebab ayah dah excited nak jalan-jalan pusing kawasan. Sebelum cerita apa yang kami buat di sini, saya nak review dulu Rumah Rehat ni.



Ayah booking 2 bilik untuk 3 orang dekat sini. Saya dengan 2 adik perempuan saya 1 bilik manakala mak, ayah dan adik lelaki saya 1 bilik. Suami saya tak ikut sebab kerja. Bilik dia agak luas. Malah, ada ruang yang besar kalau ingin solat berjemaah. Selesa! Setiap bilik dibekalkan dengan satu sejadah dan kami sendiri bawak sejadah. Boleh lah untuk berjemaah.




Dalam bilik juga ada sediakan meja kecil dan 2 kerusi ni.



Kalau untuk tinggal lama, boleh lah kita nak basuh baju-baju kecil ke apa sebab ada penyidai luar dan dalam bilik. Yang luar tu dekat balkoni belakang lah.




Dari balkoni boleh nampak suasana belakang bilik. Belakang bilik kami ada stadium. Tapi dalam gambar ni gambar blok lain la pulak.



Balkoni bilik sebelah.



Toilet dia pula ok la kira besar tapi tak ada rupa hotel. Yang pasti, air sejuk la sangat. Tempat ni memang sejuk dah macam Cameron Highland dah rasanya. Eh, sini lagi sejuk dari Cameron Highland pada saya lah. Nasib ada hot shower.




Sabun dan shampoo disediakan jugak.


Bilik kami dekat tingkat atas.




Dari balkoni depan, ada sebuah tasik. Pemandangan menarik lah tak macam rumah sewa saya yang nampak blok apartment depan. Hehe




Mee rebus dekat Pengkalan Hulu ni sedap! Walaupun sekejap berada kat tempat ni tapi cukup untuk buat saya jatuh cinta untuk datang sini balik. Tak apa.. adik saya 2 tahun di sini.


xoxo

Selasa, 7 Mei 2013

Bayar parking setiap hari kalau ke Melaka

Salam pembuka bicara..


Inilah dua baucer jalan-jalan di Melaka yang tak sempat nak guna lagi.




Cerita tak best yang kami terima pagi-pagi ahad di Melaka adalah seperti gambar dibawah. Kebanyakan tempat hari ahad tak perlu tayang kopun gores parking tu. Kalau Tanjung Malim memang tak perlu untuk hari Ahad dan cuti umum tapi Melaka tidak ye, kena juga bayar parking setiap hari. Kami ni tak tahu jadi tak adalah bayar parking. Yang tayang dekat kereta tu pulak expired jam 8 pagi kot. Elok-elok je tamat tempoh bayaran parking, dah kena saman.



Kami bayar time tu jugak la. Bila lagi nak datang Melaka kan. Bayar dekat pondok polis depan Menara Taming Sari tu. Yang bukan warga Melaka tu, jangan lupe ye bayar parking setiap hari.


xoxo