Selasa, 5 Julai 2011

Amalkan madu untuk kesihatan

Salam pembuka bicara..

Mungkin ramai yang sudah tahu bahawa madu boleh dijadikan makanan tambahan atau supplement. Ingat nya madu bukan ubat. Pengambilan madu secara berterusan dan istiqamah memberikan kesan yg baik kepada tubuh badan bersesuaian dengan Sunnah Rasulullah S.A.W. Malah, jika kamu berhenti makan madu, ia tidak akan menjejaskan tubuh badan. Sebab apa? Sebab madu tak beri kesan sampingan pun.

sumber: google

Kenapa madu tak asli (campur gula) tak elok?
Sebab jika diamalkan berterusan boleh menyebabkan kencing manis, darah tinggi dan macam-macam lagi. Dalam kes madu tak asli ini, madu itu sama seperti kita makan makanan bergula.

Cara pengambilan
Dinasihatkan meminum sekurang-kurangnya sesudu madu setiap pagi sebelum melakukan aktiviti harian. Kalau saya, saya selalu minum dengan campur kan air suam sebab saya tak lalu nak telan benda manis sangat.
sumber: google

Dari segi saintifik, madu memainkan peranan sebagai:
1. Meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan
2. Dapat meningkatkan hemoglobin (sel darah merah) dan dapat mencegah dari serangan anemia (kekurangan darah merah).
3. Bila dicampurkan sedikit cuka ia dapat merawat arthritis (sakit sendi)
4. Kegunaan madu secara luaran juga dapat mempercepatkan lagi proses penyembuhan luka. Boleh dijadikan masker untuk muka (penyediaan kecantikan).
5. Dapat meningkatkan pengeluaran gastrointestinal untuk merawat ulser perut.
6. Sumber laxative yang natural dan lembut
7. Sumber utama vitamin dan mineral yang kaya.
8. Sumber tenaga yang hebat dan semulajadi tidak seperti gula pasir yang memudaratkan. Boleh dijadikan sarapan untuk bekalkan tenaga. Ini sarapan yang paling malas la.

Madu asli mengandungi enzim-enzim hidup yang amat diperlukan manusia untuk meningkatkan fungsi tubuh badan ke tahap optima. Seperti mana kandungan-kandungan yang dihasilkan lebah iaitu madu, royal jelly, bee pollen, propolis terdapat bahan-bahan hebat yang tidak dapat dikenal pasti.

Lebih menarik lagi, bahan-bahan ini tidak boleh ditiru atau dihasilkan secara sintetik oleh makmal. Ini bermakna madu tidak boleh dihasilkan oleh makmal secara olahan kimia. Madu hanya boleh didapati pada sarang lebah itu sendiri

Ada sesuatu yang ingin saya khabarkan kepada kamu semua mengenai madu ini. Sabar ye.

xoxo

Perbezaan perbelanjaan bulanan: kisah 2

Salam pembuka bicara..

Kesinambungan dari kisah semalam. Belum baca? Sila klik sini.

Kisah ini agak berbeza dengan kisah 1.

Kisah 2
sumber: google

Ketika saya bujang dahulu saya seringmenziarahi kawan saya, Norizam (bukannama sebenar) yang tinggal di Masai Johor. Pada hari Ahad itu saya sampai di rumah Norizam selepas waktu Asar. Norizam memperkenalkan Abang dia, Rashid (bukan nama sebenar) yang baru sampai dari Kuala Lumpur. Rashid berkunjung ke rumah Norizam kerana untuk menghadiri temuduga pada pagi Isnin di Johor Baru.

Kawan saya Norizam ini, dalam beberapa hal dia tidak berpuas hati dengan abangnya. Kadang kala saya tidak suka mendengar dia merungut tentang abangnya. Petang itu Norizam merungut lagi iaitu abangnya datang untuk temuduga kerja sebagai Pengurus Besar (General Manager). Gaji Rashid sekarang ialah RM10,000 sebulan. Katanya tidak mencukupi. Dia akan minta gaji sebanyak RM14,000 sebulan untuk tempat baru ini.

Saya pun berasa hairan gaji RM10,000 sebulan tidak mencukupi sedangkan hanya mempunyai dua orang anak sahaja. Beberapa tahun kemudian baru saya tahu kenapa gaji abangnya RM10,000 tidak mencukupi. Ini ada kaitan dengan tiada keberkatan hidup

Perkara-perkara yang pada pandangan saya menyebabkan Rashid jadi susah ialah seperti berikut;
sumber: google

1. Banyak sangat terlibat dengan sistem Riba. Pinjaman Kereta, Kad Kredit, Pinjaman Rumah, Akaun Simpanan semuanya Sistem Konvensional (Riba)
2. Menggunakan banyak kad kredit konvensional kemudian bayar pokok sahaja. Bermakna memakan riba yang berterusan.
3. Sering bertukar kereta sebab kereta selalu bermasalah walaupun kereta baru (Masalah kena curi dan kemalangan jalan raya)
4. Sering bertengkar dengan isteri.
5. Isteri sering masuk hospital kerana penyakit misteri.
6. Anak perempuan sulungnya yang di tingkatan tiga kena tangkap basah.
7. Suka menengking jika ada orang mintak derma.
8. Soal sembahyang lima waktu dipandang sebelah mata sahaja.

Kisah ini memang berlaku dalam kehidupan kita tanpa kita sedar atau tidak. Walaupun rezeki melimpah ruah, jangan kufur nikmat, jangan sehingga tidak dapat keberkatan.

Ada lagi. Sambung besok ye.

Cerita bersumberkan: sini. Sumber asal: sini

xoxo