Semalam sudah gaji. yeay! Makanya, hari ini saya akan keluar bersama teman-teman seuniversiti dulu. hek. Macam lama sangat. Baru setahun habis zaman U.
Memandangkan 1 Julai 2006 adalah hari saya mendaftarkan diri di UPM. Maka, hari ini boleh dikatakan genap 5 tahun kali berkenalan, menjadi sahabat, rakan seuniversiti, rakan lepak semua lah. Excited sangat nak jumpa dengan mereka. yippie!
Jadi, malam ini jadual saya adalah makan-makan di Seoul Garden, IOI Mall Puchong dan berkaroake di Equine Sri Kembangan. Besok saya akan pergi kenduri kahwin rakan sekerja Z dan tengok wayang cerita Sekali Lagi. Saya memang peminat setia Mia Sara Nasuha. Mungkin sebab nama saya ada Nasuha juga. hiks
Bercakap pasal makan di Seoul Garden, sebelum ini saya pernah makan dengan kawan saya di sana. Masa itu, kawan yang recommend makan kat Seoul Garden ni best sebab dia style buffet dan ada steambot dan grill. Jadi, datang dan masuk secara melulu la kat kaunter tu.
Eh, nak cakap pasal status HALAL restoran ini.
Saya bukak website Seoul Garden.
Scroll down bawah sikit akan nampak logo halal di website ini. Tapi logo halal nya daripada Islamic Food Research Centre (IFRC). Logo ini bukan logo halal JAKIM.
Jadi, saya buka pula lama web JAKIM dan klik di bahagian senarai badan yang diiktiraf. Di bahagian ini, ada senaraikan badan-badan islam yang diiktiraf berserta logo badan tersebut. Tapi saya tak jumpa pun nama atau logo dari IFRC ini. Jadi saya cuba ctrl+F untuk pastikan, masih tiada.
Tapi saya masih tidak puas dengan pencarian saya. Akhirnya, saya jumpa bahagian sijil terbaru yang diluluskan. Disini ada disediakan senarai syarikat yang mendapat sijil halal yang terbaru oleh JAKIM. Ada tulis tarikh sah sijil dari bila dan sehingga bila. Sebab terlalu banyak, saya hanya menggunakan ctrl+F sahaja dan taip Seoul.
Akhirnya...taraaa...
Ada pun. Tarikh sah halal baru saja start semalam. Apakah?? Yang sebelum ini macam mana? grrrrrr..... Apa pun, saya boleh makan dengan tenang malam ini.
Dan tiba-tiba, saya jumpa ini.
Logo ini beli ke? Ada sesiapa tahu?
xoxo

