Khamis, 11 November 2010

Episod 1: Saya suka

Salam pembuka bicara..

Pertama sekali, saya nak ombak pada encik follower saya, zul yang sebelum ini jadi silent reader tapi sekarang telah meng'upgrade'kan diri. ha. Trimas ye.

Suka?? Selalu saya dengar orang cakap saya suka makan .. atau aku suka makan .. Malah, masa sekolah dulu cikgu saya ajar suka adalah minat. Maka, saya fikir kalau ayat saya suka bermain bola boleh digantikan dengan saya minat bermain bola. Tapi saya rasa ayat saya minat bermain bola macam sedikit pelik. Ok. Abaikan. Tak penting kot. Suatu yang paling saya pelik bila saya jumpa ayat aku suka kat engkau atau aku minat lah kat dia. Erm, seingat saya cikgu saya tak pernah ajar guna ayat ini jadi saya tak pasti kegunaan suka itu betul ke tak? Pada pandangan saya, macam betul.

Ok, kerja gila saya hari ini. Saya nak google perkataan suka ini. Jom!

Nak tahu hasil saya? Lihat ini.



Yang atas sekali adalah Suka restaurant. Saya tak pernah tahu ada restoran nama itu. Saya tak berminat untuk klik sebab restoran itu macam high class je. Kedua, macam nama company je, Suka Chemical. Lagi lah saya tak nak klik. Nak buat apa kan. Tapi saya suka lah nama company itu. kah. Yang ketiga, website dari wikipedia. Saya tak berapa nak percaya hasil tulisan penulis dalam wikipedia ini tapi saya nak klik juga. Hasilnya.

Tadaaa..


Nothing. Makanya, kawan-kawan sila buka kamus dewan ea. Ada banyak versi kamus dewan ini. Antaranya:



Di rumah saya ada kamus dewan sama macam gambar ketiga itu,yang atas ayat ini. Itu versi lama. Masa zaman mak saya belajar dulu dan kamus itu memang kepunyaan mak saya pun. Walaupun dah lama tapi bahasa tetap jiwa bangsa kan?

Beberapa hari yang lepas ada seseorang tanya pada saya, saya suka coklat ke teddy bear ke bunga ke aiskrim? Sejujurnya, saya tak tahu nak jawab pertanyaan dia.

Coklat?

Kalau bagi kat kanak-kanak, mereka pasti akan melompat-lompat sebab dapat coklat. Sejarah yang saya ingat dengan coklat.

a) Abang angkat saya selalu bagi coklat. Kesannya, saya pulangkan balik. Cuma yang tak pernah saya pulangkan adalah cloud 9 dan crispy. Kini, saya dah lama tak makan cloud 9 kot samada saya tak jumpa atau tak pandang pun kehadiran cluod 9 ini. Crispy? Ya, saya pernah perasan ada kat supermarket tapi tak pernah terlintas untuk beli pun.

b) Masa saya tinggal di AYSK (Asrama Yayasan Selnagor Klang), selalu ada dedication. Seingat saya item wajib ada adalah candy. Pernah sekali masa saya form 4, saya dapat banyak sangat coklat sneaker tu. huh. Serius saya memang tak minat. Apa yang saya buat? Saya bagi pada kawan-kawan saya yang memang suka makan coklat.

c) Ayah pernah pujuk saya dengan belikan saya coklat crispy yang besar tapi berperisa oren. Mood: tak best juga. Makanya, saya makan beramai-ramai dengan budak-budak dorm saya.

d) Waktu saya form 5 dulu, ada seseorang hadiahkan saya coklat cadbury yang dalam kotak tu sempena valentine. Seingat saya, dalam kotak tu ad 2 tingkat dan macam-macam jenis coklat. Tapi coklat yang saya makan tak banyak pun. Kebanyakannya saya bagi kawan-kawan saya makan dan selebihnya bawa balik rumah bagi mak saya makan. Mak saya memang suka makan coklat. Lagi-lagi time dia tengah stress.

e) Kalau saya yang beli coklat sendiri, saya akan beli coklat cadbury caramel. Ala, yang bentuk silinder tu. Tapi tempoh masa untuk habiskan sendri adalah 10 hari. ha. Kesimpulan,coklat tak penting bagi saya lagi-lagi kalau tak ada air masak sama-sama.

Tapi ironinya, zaman kanak-kanak dulu, saya memang suka makan coklat. Coklat yang sama saya beli sekarang ini. Coklat cadbury caramel. Dulu tiap kali mak saya suruh saya pergi beli barang kat kedai, saya akan singgah esso untuk beli coklat. Tapi itu dulu, bukan sekarang.

Untuk teddy bear, bunga dengan aiskrim, saya sambung lain kali ea.

Rabu, 10 November 2010

Saya terima dirinya

Salam pembuka bicara..

Saya nak review sikit pasal my last weekend, lebih tepat hari ahad yang lepas. Sebenarnya, 07 November 2010 itu adalah tarikh perkahwinan seorang sahabat saya yang saya sangat adore, Siti Norsafiah dengan suaminya, Ihsan Razen. (Note untuk pia: banyak-banyak tahniah untuk ko, pia. At last, jadi juga korang selepas 8 tahun bercintakan). Saya nak abadikan sikit gambar perkahwinan mereka kat sini tapi saya lupa pula nak bawa gambar mereka. Mungkin lain kali saya akan letak di sini.

Majlis mereka sangat simple tapi cukup meriah. Malah, tak ada istilah profesional make up artis macam perkahwinan kebanyakan orang. Saya suka sebab rakan-rakan saya (ili, sherin, hajar) yang tolong make up kan pia. Yang penting, pia nampak natural dan berwarna. I'm happy for you, sangat-sangat. Dan pengapit pia juga adalah hajar. Sahabat gaduh saya. Majlis yang penuh dengan rakan-rakan. Saya nak suka juga sebab friends forever.

Kalau nak tahu, saya ada sedikit sedih sebab saya tak dapat nak sama-sama mengharungi saat-saat terakhir pia bergelar gadis. Bukan sikit tapi banyak. Malah, bacelor party untuk pia juga saya tak hadir sebab saya berada di Ipoh. Kalau ketika saya berada di Tanjung Malim, saya pasti saya sanggup turun ke Puchong semata-mata untuk bersama dengan mereka. Semuanya, gara-gara tugasan yang diamanahkan. Dalam diri, saya mula rasa tak bestnya bekerja pada saat dan ketika itu.

Saya cuba tenangkan hati dan fikiran dengan memujuk hati "at least ko teman pia cari baju untuk majlis pertunangan dia hari itu dan bagi sumbangan idea sikit macam mana nak smooth kan majlis pertunangan pia hari itu". argh.. Tapi belum cukup buat saya bertenang. Apa pun hidup perlu diteruskan.

Kalau saya hendak bercerita mengenai pia, tajuk post ini sepatutnya: 'Ihsan terima nikahnya'. Tapi saya tetap nak guna 'Saya terima dirinya'. Sebab. Sebab saya menerima dirinya. Kalau selama ini saya mengejar bayang-bayang huruf A kemudian saya menghadapi B,C,D,E,F,G sehingga V,W,X,Y tapi saya belum lagi jumpa bayang-bayang huruf Z. Saya perlukan Z untuk tamatkan semua alphabet yang saya belajar di tadika dulu sebelum bertemu noktah adanya. Cikgu saya ajar noktah itu untuk kesudahan ayat. Oleh itu, noktah perlu ada pada kesudahan satu-satu cerita bukan? Makanya, semalam saya telah bertemu dengan Z. Tapi saya nak jadi selfish sekejap sebab saya tak nak lagi letak noktah walaupun saya bertemu huruf Z. Boleh kan?! ha.

Yang penting, hidup mesti diteruskan. No cliche~