page

Jumaat, 20 April 2012

Makan-makan dekkat Pak Li Kopitiam

Salam pembuka bicara...


Saya dengan  Z selalu melantak dekat Pak Li Kopitiam. Selalunya kami pergi dekat Giant Setia Alam. Favourite menu saya adalah asam laksa. Semalam dekat cafe, uncle pun masak asam laksa. Pergh.. terbaek. Dapat makan free haruslah suka kan? Meh layan asam laksa Pak Li Kopitiam yang dah lama saya snap tapi tak upload dalam blog.




Nampak kan ada ikan sardin di situ? Sebab tu saya kata asam laksa dekat Pak Li Kopitiam ni best! Yang best lagi?


Nak order makanan senang sebab setiap meja ada disediakan menu makanan. Tak payah susah-susah panggil waiter untuk mintak menu. Saya tak suka pergi kedai yang pelayan nya datang meja dan tanya order? Apa ingat aku tiap-tiap hari datang makan sini ke? Bagi la menu. Dan bagi lah masa untuk kita pilih menu apa yang kita nak. Tak payah tercegat dekat sebelah sambil tunggu kita order. Tak suka pergi kedai macam ni. Tapi dekat Pak Li Kopitiam, lepas baca menu dan pilih menu, tulis menu pilihan di kertas order form yang disediakan.




Lepas tulis menu, panggil waiter untuk ambil order. Kemudian, tunggu makanan sahaja. Asam laksa saya dipadankan dengan mango sparkle. Owh, sangat sedap.




Nak tengok asam laksa lagi? Boleh....




Saya tak ingat Z makan apa. Rasanya nasi goreng kot. Tapi dia order air limau. Air limau ni kureng sebab ada asam boi tu. Motif letak asam boi tidak diketahui.




Kesimpulan, Pak Li Kopitiam memang terbaek dan sedap. Eh, nasi ayam lemon dia pun sedap. Nyum nyum.. Kunjungilah Pak Li Kopitiam berhampiran tempat anda. (Dah macam promoter)


xoxo

19 ulasan:

  1. koooo kan..pagi pagi kasi aku tengok makanan. err lepas satu kejadian tidak diingini aku dah ter-fobia plak nak makan laksa ni..padahal feveret sepanjang zaman kott...huhhu..

    kalau aku terlalu shah alam tu aku carik pak li kopitiam ni.

    BalasPadam
  2. sedap nya..dah kenyang,tapi lapar balik bila tengok laksa & air limau + asam boi tu

    BalasPadam
  3. memang menguji kesabaran la tengok gambar makanan ni.wuuuuu

    BalasPadam
  4. okeeeee!!!!

    Pakli punya laksa memang terbaik oke~ suka giler! sedap sebab ikan dia banyak. Nyummeh~

    hee. baru je lepas makan last week!

    BalasPadam
  5. untunglah..makan lain kali belanja sy sekali..ehhee

    BalasPadam
  6. aiihhh..geram pulak tgk makanan2 ni semua...huhu~

    > bagus la kedai ni...tak berapa gemar kalau org yg ambil order tu dok dekat kita tunggu nak order apa..mcm takde time nak order apa...kan? huhu~

    BalasPadam
  7. siyes dhiera...terliur tengok laksa tuh...:)

    BalasPadam
  8. eh..selalu juga lepak pakli kopitiam dekat ole ole sh.alam
    nasi ayam lemon nyum nyum~~~

    BalasPadam
  9. uishhh my fevret tu laksa...aummmm~

    BalasPadam
  10. hahaha ! meleleh air liur tgk makanan tu

    BalasPadam
  11. hurmm.. naik selera saya mlm2 ni.. sedapnyee~

    BalasPadam
  12. rs mcm penah makan je kat sni. tp x ingat sgt... huhu..

    ritu mkn cendol rsnya sbb menu dia tulis mcm best menu tu kot... tp skali tuang gula merah tu tros x sedap. haha

    BalasPadam
  13. pernah dgr nama kopitiam ni..tp blm nak terjah lagi..
    for sure..asam laksa tu mmg peberet okeh..
    nyam3.. :)

    BalasPadam
  14. xpernah lagi tengok asam laksa siap ada sardin seketul cam 2...hehehe....

    BalasPadam
  15. ehem mama pernah makan kat pak li s/alam ..he2x..tapi bukan laksa asam sardin camtu..

    BalasPadam
  16. oohhhh asam laksa mmg aku suka tuuu.... tang air kalau air limau letak asam boi nak kasi lebih sedap lagi tapi tak tau lah selera orang kan lain-lain

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami...
    sport rim rs watanabe

    BalasPadam