page

Jumaat, 12 Januari 2018

Gloomy as the weather

Salam pembuka bicara..


Dalam minggu ni boleh kata setiap hari hujan je. Pergi kerja pun berkabus saja. Semalam hujan dari pukul 10pagi sampai ke malam.


Mood hari ni pun macam gloomy sangat.


Pagi-pagi dapat perkhabaran keadaan salah seorang staf dalam keadaan kritikal. Saya memang sedia maklum yang beliau hidap kanser tahap 4. Baru je detect dalam tahun ni, beberapa bulan yang lepas. Semalam doktor dah panggil suaminya bagitahu keadaan dia semakin kritikal dan pesan mintak kawan-kawannya datang melawat. Sebak rasanya.


Rehat ni kalau ada kesempatan nak melawat dia.


Lepas tu, belek pulak gambar anak tengah tidur. Masa ni dia terlelap lepas main. Terlelap depan pintu.




Bila mengenangkan tak lama lagi jadi abang, sebak pulak ibu rasa.
Dia bukan penghuni rahim saya yang pertama tapi penghuni rahim yang kelima.
Walaupun begitu, dia lah anak pertama.
Dia yang banyak mengajar saya. Banyak sangat saya belajar dengan dia.
Belajar macam mana menjadi seorang ibu.
Belajar macam mana nak menyusu.
Belajar macam mana nak tukar pampers dan lampin.
Belajar bagaimana menjadi seorang yang penyabar.




Terlalu banyak anak ini mengajar saya. Dzikri tetap baby dalam hati ibu.


Semoga lahirnya adik Dzikri nanti, Dzikri akan menjadi abang yang terbaik. Rasa macam kecik je lagi 2tahun 4bulan baru. Beberapa minggu je lagi akan jadi abang.


Aduhhh.. emosi sangat hari ni. Mood nak buat kerja pun terbang serata alam. Fokus dhiera, fokus!


xoxo
dhiera

32 ulasan:

  1. syafakallah utk kwn dhiera tu...moga hayatnya masih pnjg wpn keadaannya begitu


    p/s jg kesihatan dhiera lek lok ya...

    BalasPadam
  2. asyik hujan je kan.. susah nk keluar buat aktiviti..

    BalasPadam
  3. salam Jumaat,

    rasanya hujan tak berhenti dari pagi semalam kan. pergi kerja naik motor, jadi terpaksa redah jugak. kalau tak, takkan berhenti lah

    hehe faham perasaan tu. masa nak dekat bersalin no 2, rasa bersalah sangat. nak bersalin no 3 , lagi tambah perasaan bersalah. harap dorang faham yang kasih sayang kita adil and tak berat sebelah. :'(

    *tetiba tumpang emosi*

    BalasPadam
  4. semoga keluarga staff itu tabah menghadapi dugaan..tak dapat nak bayangkan perasaan mereka ketika ini...

    tak lama lg nak bersalin..semoga dipermudahkan..amiin..

    BalasPadam
  5. Salam jumaat kak ^^ semoga terus jadi wanita tabah!

    BalasPadam
  6. salam..
    o dhiera nak dpt baby lagi ke?
    alhamdulillah..murah rezeki..
    jaga diri leklok ya

    BalasPadam
  7. Semoga dipermudahkan segala urusan nanti. Keep strong yaa!

    BalasPadam
  8. sebaknya baca.. elok sedekahkan doa utk kwn. ajal mana tahu bila2 masa akan tiba. tahniah ye.. alhamdulillah Allah bg rezeki lg.

    BalasPadam
  9. GV teringat pula anak saudara GV. Huhu. Semoga semua anak-anak ini akan berjaya dengan cemerlang di dalam kehidupan mereka samada di dunia mahupun di akhirat. InsyaAllah. Aamin. :). Tak dilupa pada kak Dhiera, semoga dipermudahkan urusan nak bersalin nanti. InsyaAllah. Aamin. :)

    BalasPadam
  10. Kesiannya.. semoga dipermudahkan urusan Officemate Tu. Kalau tgk anak2 memang kadang2 datang Rasa sayu kan

    BalasPadam
  11. @Nur Azian Jaafar
    betul. tapi untungnya kipas dapat berehat sebentar

    BalasPadam
  12. @Mommy Cici
    alhamdulillah. tak hujanlagi harini. kesian mommy cici redah bermotor.

    kannn. ok. normallah perasaan itu

    BalasPadam
  13. @nohas
    dorang sangat kuat. bukan staf saya sahaja tapi seluruh keluarganya

    aminn. tq utk doa

    BalasPadam
  14. @Muis Ismail
    alhamdulillah. rezeki.
    tq muis. semoga ada rezeki yang sama untuk muis

    BalasPadam
  15. @Nina Mads
    itulah.
    ajal maut di tangan Allah. Rezeki beliau terus kuat

    BalasPadam
    Balasan
    1. aminn in shaa allah ada pulak kengkawan jenguk terubat juga

      Padam
  16. @mamapp
    aminn. betul. bila tengok anak, rasa sayu je perasaan ni. barangkali emosi ibu mengandung

    BalasPadam
  17. Syafakallah buat sahabat dhiera. Dan semoga dipermudahkan segala urusan dhiera ye. Anak sulung memang mengajar kita banyak perkara kan.

    BalasPadam
  18. semoga kenalan Dhira diPermudahkan urusan kesihatannya.
    & take care ya Dhira Semoga diPermudahkan utk bersalin nnt.

    BalasPadam
  19. Dzikri dah nak dpt adik? Alhamdulillah ada kwn bermain nanti..semoga dhiera dot deliver dgn selamat aminnn

    BalasPadam
  20. moga semuanya baik baik sahaja...comelnya bakal abang tu....

    BalasPadam
  21. Allah.. Semoga staff Dhiera diberikan kekuatan melalui ujian ini.. Aamiin..

    BalasPadam
  22. @Ana Suhana
    kan ana. sedih bila kenang. beremosi mak dibuatnya

    BalasPadam