page

Khamis, 11 Januari 2018

Cempedak Goreng Yang Menjadi Idaman Kalbu

Salam pembuka bicara..


Taraaa... Nampak permulaan 2018 ni masih ada mood untuk update blog ni. Hahaha


Hari ni buat kerja luar. Balik awal, lunch awal. Boleh la hadap ni.


Tiba-tiba teringat pada CEMPEDAK GORENG!




Masa awal pregnant hari tu, ni la makanan yang sangat menjadi idaman. Masa tu belum lagi musim cempedak. Suami tanya nak makan apa, saya jawab nak makan cempedak goreng. Pusing 1 Bidor cari cempedak goreng, mana nak jumpa sebab bukan musim.


Last-last, suami tanya 1 kedai buah ni. Kedai ni memang kitorang selalu beli buah dekat situ. Kebetulan ada! Ya Allah, rezeki sangat tapi bukanlah buah fresh yang kita beli timbang tu. Dia kata cempedak tu ada lebih hari tu, dia dah kopek dan simpan dalam peti beku. Memang rezeki sangat sebab owner tu bagi je buah tu. Tak payah bayar katanya. 1 plastik pulak tu. Dia siap tanya, bini mengandung ke? Hahaha.




Makanya, beberapa hari berturut minum petang cempedak goreng je. Siap sarapan cempedak goreng. Maafkan ibu, dzikri 😂😂


Akibat asyik makan cempedak → 1 badan masuk angin. Pakej perut kembung. Amekaw. Mujur ada peppermint EO tapi guna secara berhati-hati jugak sebab masih menyusukan dzikri. Lepas insaf, terus beli EO spearmint buat stand by kalau badan masuk angin lagi, boleh la guna tanpa memikirkan supply susu nanti.


Itulah orang kata, makan tu beringat sikit. Makan secara bersederhana bukan berlebihan.


xoxo
dhiera

24 ulasan:

  1. salam dhiera..
    sy ni segala jenis goreng pisang ke, keledek ke, cempedak ke..tak berapa suka.hihi
    cempedak goreng setakat seulas dua..okla jugak.
    sekali sekala..

    BalasPadam
  2. sedap..dah lama tk makan cempedak goreng..

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah rezeki dapat makan cempedak goreng puas2

    BalasPadam
  4. Sedapnya cempedak goreng... Lepas makan isinya, sha suka rebus biji dia.. Pastu kopek kulit dan makan.. Pergh!!

    BalasPadam
  5. Sedapnya! Kalau fatin makan ni dengan sekali biji pon Fatin kunyah hahaa.

    BalasPadam
  6. cempedak goreng... hanya peminatnya sahaja yg mengerti bla dpt mkn, rs heaven dah dunia ni kannnn ;-)

    BalasPadam
  7. aduhh sedapnya.. cikyan suka.. lama xmkn wehhh. nak jugak !

    BalasPadam
  8. faveret jugak ni tp suka yg tak berapa ranum sbb goreng nanti xbest mkn.. serap minyak byk sgt

    BalasPadam
  9. @Muis Ismail
    yeke? jarang-jarang ni jumpa orang x suka mak nenek pisang, cempedak goreng etc ni

    BalasPadam
  10. @Shahida Dzulkafli
    suami akak pun makan biji cempedak ni. tapi akak x reti makan

    BalasPadam
  11. @Fatin Shahrizam
    fatin pun makan biji ke? akak tak reti makan biji dia

    BalasPadam
  12. Dkt selayang susah dah nak jumpa cempedak goreng. Kalau ada kena tggu dekat pasar malam tu pun mahal juga tp isi nipis.

    BalasPadam
  13. @Nina Mads
    betul. kalau dia masak sangat, dia serap minyak tapi yang lembik-lembik ni la yang suka sungguh

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe.. tp teringin juga nk mkn biji cempedak rebus. jarang nmpk org jual

      Padam
  14. Anak sulong saya feveret dia makan fresh gitu je, sebiji boleh habis sorang sambil tgk tv. tapi bukan satu masa la.hahahha

    BalasPadam
  15. Ahakss..kalau cempedak goreng mana leh tolak..angin pun angin la

    BalasPadam
  16. @Dhiera nadhirah
    Sedap tau kak.. Rebus bagi dia empuk.. Lepas tu kopek kulit.. Macam makan kacang..

    BalasPadam
  17. Sedapnya.. Terima kasih atas perkongsian.

    BalasPadam
  18. @Nina Mads
    tak pernah lagi nampak org jual biji cempedak rebus tu

    BalasPadam