Rajin pulak hakak menaip hari ini.
Ok. Berkenaan rumah macam entri semalam [link]
Kalau nak tahu rumah ada sliding door. Saya pula tak berapa berkenan sangat bila ada sliding door ni. Lagi-lagi bila ada anak kecil. Sebab frame sliding door tu kadang-kadang selalu ada habuk-habuk degil. Jadi, memang berniat nak tukar sliding door ni kepada pintu biasa.
Nak dijadikan cerita, ada satu home fair dekat area kwasan saya tinggal ni. Kebetulan kami memang ada plan nk beli 1 tilam single untuk combine dengan tilam queen kami. Sebab dzikri semakin lasak dan conquer tempat tidur kami. Singgah la sini kejap. Alih-alih yang dapat adalah pintu. Pintu yang nak tukar sliding door tadi.
Hajat dihati saya hanya ingin kan pintu biasa je tetapi suami pula jenis yang safety first. Maka, dia booking lah sedaun pintu keselamatan. Gambar atas ni antara pintu-pintu yang dipamerkan. Tetapi suami saya memilih pintu yang side by side tu. Sebab mudah kalau nak buat kenduri dan loading barang masuk rumah nanti.
Apakah ciri-ciri keselamatannya?
Untuk orang tak berapa arif macam saya, jawapannya mudah je mengikut yg saya faham.
=> Limited
Setiap pintu didatangkan dengan 5 buah kunci, Yang mana tidak akan dapat diduplikasikan di kedai kunci biasa. Jadi, lima-lima kunci perlu dijaga dengan elok. Jika hilang, security door ini akan dibuka semula dan dihantar pada kilang untuk dibuat semula kunci pintu. Ko rasa nak tidur di rumah tidak berpintu?=> 1:9
Dengan 1 kunci pintu, dia berupaya membuka dan mengunci 9 lock pada pintu ini dibahagian tepi, atas dan bawah pintu.=> Material
Material pintu diperbuat dari besi. Bukan kayu.
Kelebihan lain adalah pintu ni 2 in 1. Maksudnya boleh jadi seperti pintu kita biasa sahaja dan boleh jadi grill juga seperti gambar dibawah.
Harga?
Bergantung kepada design yang dipilih dan promosi yang sedang dijalankan.
Normal price untuk pintu macam ni berbeza ikut saiz. Macam yang kami order pintu saiz 6" x 7" bermula harga RM3000.
xoxo
dhiera





bleh thn jg ya harganya dhiera...
BalasPadamgulp! maheinya pintu. tapi cantik :)
BalasPadam@dear anies
BalasPadambetul. memula rasa macam membazir tapi suami insist kerana safety. jadi, kite ikut sahaja lah
@muis ismail
BalasPadamtsktsk..
hooho.. boleh tahan juga ya.. banyaknya lock dia.. bagus2..
BalasPadamBlogwalking Sini, jom baca artikle ini
Pencarian Hp Baru HTC Or Lumia? article...
Fungsinya baik sebab itu harga boleh tahan mahal juga tu..
BalasPadamKalau mahal tapi berbaloi terutama untuk keselamatan apa salahnya melabur kan Dhiera.
BalasPadammhl tp berbaloi takpe..
BalasPadambagus pintu ni..zaman skrg ni mmg kena safety lbh sikit..hehe
BalasPadamMemang betul2 secure kalau pkai pintu macam ni. Cantik...Harga dia pun cantik jugak. Hihi...xpela Dhiera, mahal2 pun untuk keselamatan kita jugak kn.
BalasPadamPitam kita nengok harganya Dhiera tapi untuk long term n safety memang berbaloi la kan..
BalasPadambestnya dah ada rumah. Kitorang masih mencari yang kena dengan poket dan mata hahaa
@Ahmad Hasif
BalasPadambetul banyak lock ye
@Kakzakie Purvit
BalasPadambenar kak
@Myra Jay
BalasPadamagak sang suami berfikir begini mungkin
@nuyui a.k.a miss YUI
BalasPadamramai yg kata berbaloi
@shahizatul
BalasPadamsetuju bab zaman sekarang kena berjaga-jaga
@IMaH
BalasPadamtu la imah
@izzatul azma mohd asri
BalasPadaminshaAllah tak lama izza pun dapat rumah idaman izza gk
Okay ni paling i suka... Pintu umah tuuu gerammm nya tgk 😉👍🏻👍🏻
BalasPadamglurp jugak la tengok rega ni. hehehe
BalasPadam@WE
BalasPadamhihi
tq WE
@ZULHILMI TEMPOYAK
BalasPadambersedialah anda nanti
cunnya! menarik ni.. nak tukar la pintu
BalasPadamwaa..besar jgk rumah.. samalah dgn lya..mmg x suka sgt sliding door.. satu, kurang privacy..kna ttp lngsir mnjang..esp malam..bila buka lmpu... n kurang safety pom ye... rmh lya pom sliding door.. mmg plan nk tkar pintu daun jgk.. tp xde rezeki lg..
BalasPadamtolong ajar kn sy mcm mne nk btul kn klu kunci pintu ni jem..
BalasPadam