page

Selasa, 14 Jun 2016

Rumah: Security Door

Salam pembuka bicara..


Rajin pulak hakak menaip hari ini.


Ok. Berkenaan rumah macam entri semalam [link]


Kalau nak tahu rumah ada sliding door. Saya pula tak berapa berkenan sangat bila ada sliding door ni. Lagi-lagi bila ada anak kecil. Sebab frame sliding door tu kadang-kadang selalu ada habuk-habuk degil. Jadi, memang berniat nak tukar sliding door ni kepada pintu biasa.




Nak dijadikan cerita, ada satu home fair dekat area kwasan saya tinggal ni. Kebetulan kami memang ada plan nk beli 1 tilam single untuk combine dengan tilam queen kami. Sebab dzikri semakin lasak dan conquer tempat tidur kami. Singgah la sini kejap. Alih-alih yang dapat adalah pintu. Pintu yang nak tukar sliding door tadi.




Hajat dihati saya hanya ingin kan pintu biasa je tetapi suami pula jenis yang safety first. Maka, dia booking lah sedaun pintu keselamatan. Gambar atas ni antara pintu-pintu yang dipamerkan. Tetapi suami saya memilih pintu yang side by side tu. Sebab mudah kalau nak buat kenduri dan loading barang masuk rumah nanti.




Apakah ciri-ciri keselamatannya?
Untuk orang tak berapa arif macam saya, jawapannya mudah je mengikut yg saya faham.

 => Limited
Setiap pintu didatangkan dengan 5 buah kunci, Yang mana tidak akan dapat diduplikasikan di kedai kunci biasa. Jadi, lima-lima kunci perlu dijaga dengan elok. Jika hilang, security door ini akan dibuka semula dan dihantar pada kilang untuk dibuat semula kunci pintu. Ko rasa nak tidur di rumah tidak berpintu?
=> 1:9
Dengan 1 kunci pintu, dia berupaya membuka dan mengunci 9 lock pada pintu ini dibahagian tepi, atas dan bawah pintu.
=> Material
Material pintu diperbuat dari besi. Bukan kayu.



Kelebihan lain adalah pintu ni 2 in 1. Maksudnya boleh jadi seperti pintu kita biasa sahaja dan boleh jadi grill juga seperti gambar dibawah.




Harga? 
Bergantung kepada design yang dipilih dan promosi yang sedang dijalankan.
Normal price untuk pintu macam ni berbeza ikut saiz. Macam yang kami order pintu saiz 6" x 7" bermula harga RM3000.


xoxo
dhiera

25 ulasan:

  1. bleh thn jg ya harganya dhiera...

    BalasPadam
  2. gulp! maheinya pintu. tapi cantik :)

    BalasPadam
  3. @dear anies
    betul. memula rasa macam membazir tapi suami insist kerana safety. jadi, kite ikut sahaja lah

    BalasPadam
  4. hooho.. boleh tahan juga ya.. banyaknya lock dia.. bagus2..

    Blogwalking Sini, jom baca artikle ini

    Pencarian Hp Baru HTC Or Lumia? article...

    BalasPadam
  5. Fungsinya baik sebab itu harga boleh tahan mahal juga tu..

    BalasPadam
  6. Kalau mahal tapi berbaloi terutama untuk keselamatan apa salahnya melabur kan Dhiera.

    BalasPadam
  7. bagus pintu ni..zaman skrg ni mmg kena safety lbh sikit..hehe

    BalasPadam
  8. Memang betul2 secure kalau pkai pintu macam ni. Cantik...Harga dia pun cantik jugak. Hihi...xpela Dhiera, mahal2 pun untuk keselamatan kita jugak kn.

    BalasPadam
  9. Pitam kita nengok harganya Dhiera tapi untuk long term n safety memang berbaloi la kan..

    bestnya dah ada rumah. Kitorang masih mencari yang kena dengan poket dan mata hahaa

    BalasPadam
  10. @shahizatul
    setuju bab zaman sekarang kena berjaga-jaga

    BalasPadam
  11. @izzatul azma mohd asri
    inshaAllah tak lama izza pun dapat rumah idaman izza gk

    BalasPadam
  12. Okay ni paling i suka... Pintu umah tuuu gerammm nya tgk 😉👍🏻👍🏻

    BalasPadam
  13. glurp jugak la tengok rega ni. hehehe

    BalasPadam
  14. cunnya! menarik ni.. nak tukar la pintu

    BalasPadam
  15. waa..besar jgk rumah.. samalah dgn lya..mmg x suka sgt sliding door.. satu, kurang privacy..kna ttp lngsir mnjang..esp malam..bila buka lmpu... n kurang safety pom ye... rmh lya pom sliding door.. mmg plan nk tkar pintu daun jgk.. tp xde rezeki lg..

    BalasPadam
  16. tolong ajar kn sy mcm mne nk btul kn klu kunci pintu ni jem..

    BalasPadam