Ahad, 26 Januari 2014

Makan-makan di 1981 Tapah Rest House Restaurant

Salam pembuka bicara..


Siapa selalu pergi Cameron Highland dan naik dekat Tapah?


Meh nak share tempat makan best dekat Tapah. Serius baru saya tahu ada juga tempat makan yang macam eksklusif dekat Tapah. Noob la sangat kan? Itupun sebab ada kawan yang rekemen kan.


Alkisah, nak meraikan gaji pertama kerja di tempat baru. Bulan kedua baru ai dapat uols. It's time to celebrate! Kebetulan, hari lahir suami pun minggu sebelumnya macam tak sambut sangat sebab sibuk menuntut ilmu katakan. Belanja suami makan sup gearbox je.


Apa tempat makan yang sibuk saya cakap ni? Nama dia adalah Nineteen 81 Tapah Rest House Restaurant. Macam-macam makanan ada dekat sini. Malay foods ada, Western food pun ada. Harga pun kira berbaloi la. Harga makanan saya dengan suami adalah dekat RM35 macam tu.


Memandangkan saya dah makan bihun sup dulu masa kursus dekat Ipoh petang tu, sampai sini dalam pukul 6 macam tu dok makan lagi. Tak nak makan yang berat-berat kan. Makan yang ringan-ringan je. Saya pilih Banana Split. Nyumss... Rindu nak makan banana split. Akhirnya ketemu jugak. Saya minum air suam je sebab dah makan manisan kan.




Suami pula pilih Grilled Black Pepper Mixed Chop. Kenapa mixed chop? Maksudnya, lamp chop tambah chicken chop. Dua-dua ayam dan kambing ni dihidangkan bersama pada satu harga. Kambing dia sangat best dan lalu lah nak telan. Sebelum ni, order lamb chop macam ada bau kuat sangat. Yang ni ok. Sedap gila. Dok rasa makan la jugak kan. Hihi. Suami order air limau suam je sebab dia macam selesema sikit kan.




Pada saya sangat berbaloi lah sebab rasa mixed chop pun sedap. Banana split standard je la kan rasa dia. huhu


Siapa yang cari makanan best dekat Tapah. Boleh lah try ke sini. Dijamin best!


xoxo

Jumaat, 10 Januari 2014

Poslaju Flyers Pack

Salam pembuka bicara...


Info untuk semua peniaga online.



Flyer poslaju tu bermaksud plastik poslaju. Kalau yang bukan pelanggan kontrak dengan poslaju memang tak dapat plastik poslaju secara percuma. Peniaga online ni banyaklah kena pakai plastik TQ biasa atau balut pakai kertas atau beli plastik poket dekat luar atau guna poslaju prepaid je.


Poslaju prepaid ni macam mahal jugak kalau barang-barang tu ringan tapi customer yang bayar duit postage kan. Ok la tu.


Sekarang ni, dah ada jual flyer poslaju boleh lah pergi beli. Saya pun nak beli jugak nanti ni senang nak pos barang. hihi


xoxo

Khamis, 9 Januari 2014

Have a blessful 2014

Salam pembuka bicara..


Alhamdulillah. Hujan memberi rahmat. Dekat tempat saya sekarang tengah hujan ni, boleh cepat-cepat submit doa.


Lama sangat tak menulis dalam ni.


Selamat tahun baru! May Allah ease everything for us! Have a blessful 2014. Jazakulullah khair for the blessing year.


Baru nak ucap. Boleh kan?


Terasa sangat nak makan waffle coklat campur strawberi hari tu. Cari dekat kawasan bidor ni tak tahu. Last-last, pergi cari dekat R&R Tapah. Dapat pun. Nyumm..



Sekarang ni nak update blog pun, update versi yang pendek je. Nampak tak ai busy? hihi


xoxo

Rabu, 1 Januari 2014

Paste Tom Yam

Salam pembuka bicara..


Salam tahun baru semua!


Azam baru dah ada ke?


Nak tanya selalu kalau korang masak tomyam guna paste ke kiub ye?
Saya selalu masak campur dua bahan bawah ni.




Baru-baru ni ada orang bagi tom yam paste ni sebab dia baru balik dari Thailand. Siapa pernah cuba? Sedap tak?




Ke korang ada resepi best lagi nak masak tom yam? Cer share dengan saya.


xoxo