page

Rabu, 2 Mei 2012

Makan-makan di Restoran Andaman, Seksyen 24 Shah Alam

Salam pembuka bicara...


Siapa pernah dengar Restoran Andaman dekat Seksyen 24, Shah Alam tu? Saya dah makan kat sini dua kali. Makanan dia boleh tahan sedap la.


Pertama kali makan kat sini sebab Restoran Tart Nasi Ayam tutup untuk renovate. Saya suka makan dekat Restoran Tart Nasi Ayam ni. Nasi ayam dia sedap, laksa pun sedap dan ada otak-otak. hehe. Masa mula-mula makan dekat Restoran Andaman ni, saya try nasi goreng kerabu dia. Errr.. rasanya sedap tapi kurang wangi sebab tak banyak serai, bunga kantan dan daun limau purut kot. Mind set saya nasi goreng kerabu ni wangi-wangi baunya.




Bila makan sekali dengan sotong goreng tepung rasa dia memang terbaek! Sebab sotong goreng kat sini sedap ok! Marvellous! Ok, sudah mula terbayang-bayang dah ni.




Kawan saya pula makan mee bandung. Looks yummy. Tapi saya tak rasa pun sebab saya ada ABC yang harus dihabiskan. Hah, ABC ke cendol ke ada jual disini jugak ye.




Agak-agak ada yang berselera pantai timur boleh jugak makan dekat sini. Sebab ada nasi kerabu, laksam, nasi dagang. Banyak la makanan pantai timur dekat sini. Kuih-muih dari pantai timur pun ada jual dekat sini.


Kali kedua makan dekat sini sabtu lepas, saya try bihun tom yam dia pula. Ternyata sangat sedap. Licin ok saya makan sampai hirup kuah hingga ke titisan terakhir. Tak ada tangkap gambar pun sebab dah kebulur hoi masa ni. Z pula makan nasi dengan sup ayam. Sup ayam dia pun kena dengan tekak saya. Tekak orang lain tak tahu lah kan.


Tak tahu nak makan kat mana? Cuba lah makan dekat sini. Ala, senang je nak pergi sini. Betul-betul sebelah Carrefour Seksyen 24 tu. Belakang Restoran Tart Nasi Ayam. Seberang jalan ada Uptown Shah Alam der. Nak shopping pun boleh. Err.. tak pernah shopping dekat uptown Shah Alam. Window shopping ada la. hehe


Harga? Standard la macam kebanyakan kedai. ngeee


xoxo

28 ulasan:

  1. Walau kakak duduk JB tapi kakak pun suka masakan org timur. Kakak suka nasi kerabu dan laksam...

    Tengok gambar yg dhira tepek pun dah kecur...

    BalasPadam
  2. rindunya Kancil mahu gi Shah Alam

    BalasPadam
  3. Seksyen 23 le darling.. bukan 24.. :D

    BalasPadam
  4. Lama dah tak makan mee bandung, rasa rindu plak ;)

    BalasPadam
  5. perghhhh awal pagi tgk gmbr mknn ni, tetiba rasa nk mkn skrg jgk huhu

    BalasPadam
  6. huh!gebu gebasnya sotang2=)mmg nampakpun sodap sangat!

    BalasPadam
  7. nasi goreng kerabu bestnya..akak suka gak..nasi goreng kerabu biasanya bau wangi..kalo kat sana bape hg nasi goreng tu..

    BalasPadam
  8. susah nak jumpa sotong goreng tepung yg sedap..

    BalasPadam
  9. penah makan mee bandung muar tak..kalau belum try la..memang superb..jemput la datang muar :) hehe

    BalasPadam
  10. Sedap nya... hihi yesterday pun jiha g mam kt subang.. Sgt sedap... but as usual..xhabis.. :)

    BalasPadam
  11. Tengah lapar then singgah sini ada plak cerita pasal makan2..ishk. Memang lapar! hujan pulak tu kan.. Nasik kerabu memang terbaik! kalau yg suka sayur lah. tp kalau yg tak suka, memang akan cakap tak sedap. hee

    BalasPadam
  12. Tau kedai ni !! Tapi tak pernah pegi. Tat nasi ayam tu adalah sangat pemes kat Kedah kann. Tapi saya pun belum sempat try lg

    BalasPadam
  13. rasa macam craving nak makan nasi kerabu tetiba teringat UMAh T.T

    BalasPadam
  14. yummy....tgh nk bodek org cni bawak kite g kl mam burger grill.l.lhehehe....

    BalasPadam
  15. fuhhhh... membuka selera gak... mcm penah pg pon ad tmpat ni...

    kena g ngan bini2 ni rsnya.. ;p

    BalasPadam
  16. makan sebelum lapar...haha...

    tengah berdiet sekarang ni..

    BalasPadam
  17. nmpk macam sedap je tu..sila amik sy kat puchong,belanja sy makan tau..boleh?hheeeee

    BalasPadam
  18. perghhh...memang menggoda.saya dulu stadi kat shah alam,tapi tak pernah jejak kaki pon kat restoran andaman tu.hehehe

    BalasPadam
  19. wooww..mmg da terliur sgt ni tgk nasi goreng tu..sotong goreng tepung tu lagi..huhu..sedap2..:D

    BalasPadam
  20. nasi tu nampak sedap lah... yummy2..

    BalasPadam
  21. itu macam bukan sotong goreng tepung je. tapi jemput2 sotong :P

    susah kat kl ni nak caru sotong goreng tepung yang betul2 sotong digoreng tepung. huhuhu

    BalasPadam
  22. k fine, mee tu menyelerakan...aishhh

    BalasPadam
  23. telan air liur saya dibuatnya..mmg tgh lapar ni.. ;)

    nasi goreng kerabu..tak banyak kedai yang boleh buat nasi goreng ni dengan sedap..kadang2 rasa macam nasi goreng sayur je..huhu.. :)

    BalasPadam
  24. dhiera..mengancamnya pic.makanan kat atas tu..he2x..

    BalasPadam
  25. wahhhh sotong goreng tepong mau tak selera kalau makan...

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami...
    diy repair seat kereta berlubang

    BalasPadam
  26. so far tak tcapai lg kakiku ke shah alam huhu
    tp seyes bile akutgh lapo neh..nape blog ko msti selit mknan
    nasib BK nye entry xde pix beger haha

    BalasPadam
  27. Jemputlah cuba mee bandung kuah kacang 'odeon' batu pahat :)

    Senarai Rakan niaga kami:-

    1. Restoran Anjung Warisan
    Jalan Petri, Johor Bahru (Belakang Yayasan Warisan Johor)
    Waktu niaga: 7.30malam hingga 12malam


    2. Teh Laris Kafe 21 Jalan Snuker 13/28, Seksyen 13, Tadisma Business park. Shah Alam. Setiap hari kecuali Ahad. 8am to 7pm


    3. Stall Puan Aniza Muhamad (Mamak) Sebelah Pasaraya KK, Depan Pasar Awam, Pekan Sg.Besi, Kuala Lumpur. Waktu niaga: 7malam hingga 12malam


    4. Kopitiam Sukand's
    62 Jalan Bandar, Port Dickson


    5. Restoran Syahirah
    No.8L & 8M Jalan Tun Habab, Kota Tinggi (Sebaris Ambank, berhadapan Hotel Mayres)


    6. Restoran Mama World
    973 Jalan S2F22, garden Homes, Seremban 2


    7. Warong Hijrah
    10 Medan Selera Sebelah Bangunan LHDN, Jalan Pak Sako, Temerloh

    Terima kasih

    BalasPadam