page

Khamis, 17 Mei 2012

Atuk sudah tiada. Terima kasih buat yang mendoakannya.

Salam pembuka bicara...


Terima kasih untuk segala doa yang kawan-kawan berikan. Bukan sekadar doa malah kata-kata semangat dari kawan-kawan.


Atuk saya telah meninggal dunia semalam, 15 Mei 2012 pada jam 12.53 tengahari. Dan selamat dikebumikan selepas solat asar. Telah sampai janji arwah. Arwah atuk dikebumikan selang satu liang lahad dengan arwah atuk (belah mak). Sedih tapi hidup mesti diteruskan. Nangis dalam hati sudah. he.


Bagus juga bila kenduri tahlil kaum keluarga yang masak sebab dapat elak dari kaum keluarga ni terkenangkan arwah. Wajah arwah atuk sangat putih dan tersenyum. Sempat juga cium arwah sebelum dan selepas dimandikan, panas badannya. Masa nak cium ni, mak pesan jangan ada air mata. Lap dulu. Pesanan yang sama mak pesan masa arwah atuk (belah mak) meninggal 2 tahun lepas.


Sekarang, saya cuma punya 2 orang nenek sahaja. Seorang masih sihat, seorang lagi biasalah dah tua kan. Umur pun sudah 90tahun. Saya beruntung sebab masih sempat bertemu dan bermanja dengan kedua-dua atuk dan nenek malah sempat juga bertemu dan bermanja dengan arwah moyang lelaki dan perempuan belah mak dari kawan-kawan yang tak pernah berjumpa. Alhamdulillah.


Sambung masak di dapur ya!


xoxo

35 ulasan:

  1. huda dorang semua dah tak ada. sempat jumpe pun nenek2 je.

    alfatihah

    dhiera sedekah la alfatihah byk2 dekat arwah

    BalasPadam
  2. innalillah..
    takziah buat dhiera..
    kite pon tngal nenek je dua2 belah;)
    sempat jugak merasa brmnja ngan moyang mase skolah menengah :)

    BalasPadam
  3. Takziah ye.. Semoga Allah tempatkan Allahyarham di kalangan orang yang soleh.

    BalasPadam
  4. baru je komen pasal atuk dhiera kat post yg sebelum ni..al_fatihah~

    BalasPadam
  5. Alfatihah dhiera..tak sangka cepat sungguh panggilan ilahi..semoga sekeluarga tabah menghadapi hari2 mendatang..takziah

    p/s: xpernh jumpa atuk (belah mama n abah) dan opah (belah mama)..nenek (belah abah) smpi umur 3thn je..tak ingat pun.. Both my parents yatim(abah) and yatim piatu(mama) sewaktu mereka kahwin..

    Take care..

    BalasPadam
  6. daripada Nya kita diciptakan, kepada Nya juga kita kembali... al-fatihah buat arwah atuk dhiera... semoga arwah di tempatkan bersama2 orang2 yang beriman,.. amin

    BalasPadam
  7. alfatihah buat atuk dhiera..semoga rohnya dicucuri rahmat..

    BalasPadam
  8. salam takziah... al-fatihah untuk arwah atuk tu ye...

    BalasPadam
  9. Innalillah...
    Moga roh arwah Atuk Dhiera dicucuri rahmat..

    Salam takziah dari Myra..

    BalasPadam
  10. Salam takziah.. Kuatkan semangat ye.. Banyakkan bersedekah Al-Fatihah untuk arwah.. Moga arwah di tempatkan di kalangan orang beriman..

    BalasPadam
  11. Innalillah. takziah ye dhiera.

    gen family ko sihat sihat belaka.panjang umur sampai umur 90++.

    best la pernah rasa ada moyang. hee hee.

    BalasPadam
  12. salam takziah awk..kita doakan semoga arwaah tenang di sana ya..Al-Fatihah

    BalasPadam
  13. takziah....kuatkan semangat yer...al fatihah

    BalasPadam
  14. salam takziah buat seluruh kaum keluarga sis.
    semoga arwah atuknya sis tenang di sana. al-fatihah...

    BalasPadam
  15. sudah ajal.
    moga di tempat bersama org soleh.
    al fatihah

    BalasPadam
  16. al fatihah.
    tabahkan hati ye :)

    hari ni ada sorang anak kawan ayah meninggal kat kampung. eksiden. al fatihah.

    BalasPadam
  17. huhuh...alfatihah utk atuk...
    semlm pun bapa angkat cma meninggal..semoga mereka semua ditemptkan dikalangan mereka yg soleh :(

    BalasPadam
  18. Al-fatihah.. Biarkan yang pergi tetap pergi, kita yang tinggal ni pastikan sentiasa sedekahkan doa dan al-fatihah selalu..


    Semua berlaku pasti ada hikmah dari-Nya..


    *Serius rindu dekat dua² atok dan nyai.. Belah abah memang tak pernah tengok ari kecil.. Belah emak sempat tengok dan bermanja tiap kali balik kampung.. Tak sempat datang tengok muka dua² arwah masa saat akhir tu..

    BalasPadam
  19. takziah ye Dhiera...

    al-fatihah buat atuk.

    BalasPadam
  20. takziah buat dhiera & keluarga ye.moga roh arwah atuk dhiera damai di sana...

    BalasPadam
  21. Takziah dari saya..moga atuk d tempatkan d golongan para mukmin.. :)

    Saya dua belah dah takda..atuk, nenek belah mak dan lama meninggal, atuk n nenek belah arwah abah pun meninggal beberapa tahun yang lepas..

    Al fatihah utk semua.. T_T

    BalasPadam
  22. AL-fatihah...

    semoga arwah tenang di sana...

    hargailah nenek2 selagi mereka masih ada...:)

    BalasPadam
  23. assalam dhiera..Al-Fatihah..semuga atuk ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..amin..salam takziah dr mama & family buat dhiera & family..semuga tbah menghadapi ujian dr Allah..

    BalasPadam
  24. bersabar saudari..tkziah buat kamu sekeluarga..

    #sy dah tkde nenek dan atuk,mak pun dah lama takde..sy tahu setiap yang hidup pasti akan kembali..jadi semoga awk pun kuat ye..insyallah

    BalasPadam
  25. salam takziah. semoga ditempatkan dikalangan orang yang beriman. al-fatihah.

    BalasPadam
  26. Al-Fatihah..

    Takziah untuk family akak..Sama la kite,tinggal nenek je.. atuk dua2 dah takde.

    BalasPadam
  27. dunia yg sementara...kita pun nanti akan kembali ke sana...

    kira untung la dpt jumpa moyang...aku rasa aku x sempat kot...skang ni pun tinggal nenek belah mak je. duduk ngan mak aku kat kampung :)

    BalasPadam
  28. Ya Allah...Sesungguhnya hidup dan mati kami hanya untuk Mu.Dari Mu kami datang dan kepadaMu kami kembali. Wallahualam.

    AL FATIHAH.....Moga Rohnya di tempatkan di kalangan orang yang soleh Amin......

    Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
    2 Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
    3 Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
    4 Yang menguasai di Hari Pembalasan مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
    5 Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan. إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
    6 Tunjukilah kami jalan yang lurus, اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
    7 (yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami...
    diy repair door trim kereta

    BalasPadam