page

Sabtu, 31 Disember 2011

Bye bye 2011, Hye hye 2012

Salam pembuka bicara..

Kita sudah boleh ucapkan selamat tinggal tahun 2011. Selamat datang pada tahun 2012. Semoga kedatangan 2012 membawa seribu makna kebahagian dan kejayaan dalam hidup kita semua.

Bila dah hujung tahun ni, dalam fikiran akan terfikir apa pencapaian sepanjang 2011? Apa peristiwa yang sentiasa diingati pada 2011?

Rupanya, tak banyak pencapaian dan peristiwa penting saya pada 2011 berbanding 2010. Dari segi material memang tak banyak perubahan tapi dari segi kehidupan memang ada perubahan.

1. Permulaan tahun saya dapat surat confirmation bekerja. Dekat company saya, nak tunggu confirm ni 6 bulan. Jadi, januari 2011 genap 6 bulan saya bekerja.

2. Kalau dah confirm tu, confirm confirm gaji naik. yeay!

3. Saya ada satu percutian ke Penang bersama rakan-rakan tersayang walaupun masing-masing sudah bekerja.


4. Dapat iftar bersama kawan-kawan tersayang walaupun masing-masing duduk berjauhan. Ada iftar dengan rakan chinese.


5. Ada satu percutian bersama adik-adik saya di Melaka.


6. My bestie, ili, kak lijah mendirikan rumah tangga (ramai lagi yang kahwin sebenarnya)


7. Ramai juga bertukar status menjadi 'tunang' orang. (aja, syud, ude)

8. Ada juga yang dah kahwin kemudian dapat baby (tini, tutie, cukik)


9. Saya sendiri telah bertunang. yeay!! Semoga impian nak berkahwin pada usia 25 tahun menjadi kenyataan.


10. Setelah bertahun tak dapat kad raya dari abang posmen, tahun ni saya dapat!


11. Tunang hadiahkan kamera sebagai duit raya dan lampu pokok kelapa tidur warna hijau dari Bangkok.

12. Pertama kali, konvoi dua kereta dengan family sendiri masa raya lepas. Ayah bawak satu kereta, saya bawak satu lagi kereta. Gara-gara, kami adik-beradik semakin membesar dan mengembang. Satu kereta saga tak muat nak sumbat 7 orang yang bersaiz kembang-kembang.


13. Tahun lepas bagi duit raya pada adik, sepupu dengan saudara-saudara je. Tahun ni bagi duit raya pada tetamu kecil.

14. Blog ini bertukar wajah. Nuffnang bagi banyak rezeki kepada saya.

15. Selepas bertahun tak sambut hari lahir nenek bersama-sama sepupu, pakcik dan makcik. Tahun ni sambut beramai-ramai.


Ok. Tak dapat fikir lagi. Yang masih kekal, kereta tetap saya miliki, insuran tetap saya miliki. PTPTN tetap bayar seperti biasa.

Selamat tahun baru semua. Jangan tanya saya azam baru sebab errr... saya tak pasti azam tu macam mane. hehe. Hari ni hari lahir adik saya yang ke dua. Dia request pandan layer cake.

xoxo

23 ulasan:

  1. tahun ni jadi tunangan orang...tahun depan jadi isteri orang pulak..

    weehuuu... :)

    Selamat Tahun Baru..!! :)

    BalasPadam
  2. selamat tahun baru 2012 buat dhiera..semuga semua impian akan jadi kenyataan..insyaallah..`hepi bezday buat adik kedua dhiera`..maaf mama lambat lawat dhiera..minggu lepas mama terdown ..hu2x..

    BalasPadam
  3. wah..dapat kamera..memang seronok giler..hehehehe=]

    BalasPadam
  4. semoga segala impian tercapai..

    yeayy tahu depan makan nasi minyak la..heheh

    selamat tahun baru..;)

    BalasPadam
  5. hepi bday to ur sis.mga tahun 2012 membawa lbih byk kenangan manis.heheh

    BalasPadam
  6. tunangan org ni
    hehehe
    seronok je bce ni
    hehehehe

    selamat dtg 2012 ye dhiera :))

    BalasPadam
  7. thn ni jd isteri org pula ya..

    slmt thn br dhiera!

    BalasPadam
  8. seronoknye bc kenangsn suka duka dia..

    tahniah!

    BalasPadam
  9. sgt byk kenangan tercipta..pahit manis sume ada,kan~ =)

    selamat tahun baru.smoga tercapai sgl cita2 & senyum2 selalu hendaknya~ =)

    BalasPadam
  10. hahaha,akak! selamat tahun baru,sama la kite tak pandai nak ada azam. kikiii...

    kawen mesti ada kad sampai rumah okey. ;)

    BalasPadam
  11. wahh..hee..byk juga kisah..:)

    selamat tahun baru k.dhiera!hee

    tahun dpn btukar jd puan dhiera da..heeee

    BalasPadam
  12. azam dhiera tok 2012 nk kawen la kan..so hope tahun ni naik pelamin keyh..ade 8bln lg eh..;)

    BalasPadam
  13. selamat tahun baru! semoga tahun ni lebih baik dari sebelumnya. =)

    BalasPadam
  14. selamat tahun baru!semoga hari mendatang lebih baik dan semoga tercapai apa yang diimpikan :)

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami...
    goodbye 2011 and welcome 2012

    BalasPadam