page

Jumaat, 16 September 2011

Tinted kereta jangan gelap!

Salam pembuka bicara...

Weekend yang lalu saya beraya rumah keluarga Z di Pahang. huh. Jauh betul perjalanan sampai saya request lain kali balik Pahang naik flight aje lah. Ok, ini memang mintak pelempang!

Sebenarnya dah banyak kali lalu jalan nak ke pantai timur ni (bukan balik ke rumah Z ye) tapi selalu ye saya tidur dalam kereta je. Tapi kali ini saya berjaga. Sebab balik masa dah nak malam, takut pula nak tidur dalam kereta. Balik pun berdua je dengan Z. Sebelum balik ke Pahang, saya hadiri majlis perkahwinan kawan di Banting kemudian terus ke Sungai Buloh untuk hadiri majlis pertunangan kawan sekolah juga. Singgah dulu untuk solat di Restoran Jejantas Sungai Buloh kemudian baru gerak ke Pahang.

Ahad baru balik. On the way balik dari Pahang ke Klang, jalan jammed gila! Dah la hujan. Naseb bukan saya yang drive. Hampir sejam juga kami berada dekat MRR2. Lepas tol Karak pun jammed juga sebab ada accident. Rasanya sepanjang perjalanan, saya nampak ada 3 ke 4 juga lah accident.


Jalan sebelah pun ada accident juga. Nampak macam ada orang kat dalam tapi macam tak pasti juga sebab tinted kereta tu gelap sangat. Z kata memang ada orang dalam tu. Dia telefon orang kot. Jadi, kawan-kawan nak tinted kereta tu, jangan tinted gelap ye. Biarlah tinted yang orang masih boleh nampak sebab kalau accident, orang buat tak tahu je. Orang luar dah tak nampak kan? Nak buat macam mana. Saya buat dunno je.


Inilah kereta yang tinted gelap tak ada orang nak tengok-tengok kan. Depan dengan belakang kereta ini kemek. Rasa ye, dia accident sendiri. Mungkin bawa kereta laju masa jalan licin dan tak dapat nak kawal kereta bila sampai kat selekoh.

Ada hikmah kenapa kita tak boleh tinted kereta gelap-gelap ni. Baru lah saya faham. hek.

Family Z best. Ayah dia buat kan ketupat palas special untuk kedatangan saya. Mak dia bagi saya 2 helai tudung. weee. Mak saya pula memang dah bekalkan awal-awal tart nenas kegemaran saya untuk family Z. Nenek saya pula bagi bahulu untuk family Z. Tart nenas dan bahulu itu adalah homemade ok! Saya dan adik-adik tak makan tart nenas selain mak buat. Nenek pula memang ambil tempahan bahulu. Kira yang saya bawa tu extra bahulu la.

Saya dapat tengok Sungai Pahang. Besar rupanya sungai ni. Sila maafkan budak pertama kali yang dapat jalan masuk Pahang ni. Mak Z cerita, dulu nak pergi sekolah kena naik macam rakit (saya tak ingat nama dia) untuk menyeberangi sungai Pahang. Sebelum ada jambatan nak ke Kuala Krau dari Jengka tu siap, dorang masih guna kan cara lama nak seberang sungai sampai tahun 2010. Kalau nak naik kereta, kena pusing jauh ikut jalan ke Jerantut kot. (Sesiapa yang tahu, kalau saya salah, sila betulkan)

Saya ingatkan Jengka dengan Temerloh dekat sebab nak ke rumah Z kena exit di Temerloh. Rupanya jauh juga. Tapi nak ke rumah aki Z (atuk Z) kena exit dekat Chenor pula sebab sana lagi dekat padahal dua-dua tinggal dekat Jengka. Besar rupanya Jengka ni. Kalau suruh saya drive sendiri ke Jengka, memang saya nangis lah sebab macam berisiko tinggi untuk sesat je.

Sesiapa yang tak pernah pergi Pahang tu, cubalah ronda-ronda Pahang sekali sekala. View best! Besar sangat walaupun dalam satu kawasan yang sama.

xoxo

22 ulasan:

  1. maybe dorg pk tinted gelap nmpk stylo kot..huhu

    BalasPadam
  2. @ budak kacamata : stylo stylo jugak tapi kurang safety di situ~

    BalasPadam
  3. Tinted kereta gelap memang santik...tapi kalau nak di bandingkan dgn keselamatan...tak berbaloi...;d

    BalasPadam
  4. Tinted kereta gelap memang santik...tapi kalau nak di bandingkan dgn keselamatan...tak berbaloi...;d

    BalasPadam
  5. Tinted kereta gelap memang santik...tapi kalau nak di bandingkan dgn keselamatan...tak berbaloi...;d

    BalasPadam
  6. hayoooo
    dah lame x pi pahangggg
    huuuu
    salam kenaiii juge dhiera!
    wee
    maceh mai belog mimi tadiii
    dah follow siniiii!

    BalasPadam
  7. hoho..family in-law sporting,untunglah... ;)

    BalasPadam
  8. Alang2 dtg Pahang tu, nanti ajaklah Z melawat sekitar bandar Kuantan. Leh jmpa nanti.. hehe

    Pssst: kedua2 family dah saling restui tu, bla nak berlangsung? :-p

    BalasPadam
  9. dlu dari Kole Lipih nk ke Jerantut punyelah jauh. Siap tido dlm kete..hehe.
    Seronok le raya kt umah future PIL..sporting!

    BalasPadam
  10. saya orang pahang!! ehe.
    tinted kereta? bukan JPJ tak bagi tinted ke? entahla

    BalasPadam
  11. jom join GA..sye tag cik dhiera..tgk cnie..
    http://stylostylishmemoriesga.blogspot.com/2011/09/1st-ga-dari-cik-kiah-ronggeng.html

    BalasPadam
  12. tinted sikit2 je sudah, gelap sgt pun tak elok.


    sakan kau jalan, aku nak ole2 yaa.

    BalasPadam
  13. black is bergaya tp bahaya utk keta..yg baru2 ni pl tinted warna hijau dn memedihkn mata.,

    BalasPadam
  14. betul...tinted jgn gelap....bahaya!! hahah~
    selamat hari raya...
    maap zahir batin...=D

    BalasPadam
  15. tinted gelap 2 mmg jd trend.tp mmg nmpk cntik...ahahah

    BalasPadam
  16. tp kalau tinted gelap sgt patutnya tak lepas pun dengan polis kan....huhuuu..jam betul jalan.isk2

    BalasPadam
  17. dari keselamatan memang susah...kita tidak boleh nampak kalau jenayah berlaku dalam kereta seperti merompak sebab gelap sangat...

    BalasPadam
  18. x suka tinted2 ni..huhuhu...
    jln2 lagi...balik pahang plak tuh...'best2.....
    huhu..nak rase tart nenas tu jugak bole....
    :)

    BalasPadam
  19. Sebab tu kan kerajaan tak bg kita tinted kerea gelap..

    Untuk keselamatan kita jugak nanti2.. :)

    BalasPadam
  20. dorg bajet cermin cm tu..ank dato la tu ehehe

    BalasPadam
  21. duh tak kena saman plak tinted macam tue....kita nak tinted pun pikir 10x

    BalasPadam
  22. Tinted gelap2 pn nk p mnakn...
    law org yg mati dlm keta 2 pn org xpsan bub tinted sgt 2..

    BalasPadam