page

Jumaat, 23 September 2011

Siapa pernah lemas???

Salam pembuka bicara..

Tak dapat nak update panjang. Hari ini banyak appointment.

Saya tertarik dengan nama tempat ini. Unik. Ada ramuan china besar dan ramuan china kecil. First time dengar nama tempat ni.


Saya ingat kan Melaka tak ada airport. Rupanya ada. Inilah menara airport ni.


Dan ini adalah tempat saya pernah lemas 5 tahun lepas.


Al kisahnya, salah satu syarat wajib graduat untuk fakulti saya, semua pelajar perlu hadiri program OBE (tak ingat nama penuh dia macam outward boundry extreme). Program ini macam latihan dalam kem tentera. Salah satu latihan, kami kena menterjah hutan berbekalkan air, kompas dan parang. Bukan jungle treking taw. Kami kena buat trek sendiri. Dorang bagi satu koordinat dan kita kena sampai koordinat sebelum tengah hari. Nasib la korang masuk hutan dari arah mana. Kena tebang sana sini, kena selit sana sini, masuk lumpur, kena gigit pacat nasib ada abang tentera yang hensem. Abang tentera ni kira orang yang kena jaga kami satu group la. Satu group ada dalam 10-15 orang. Tidur dalam hutan pun abang ni jaga.

Dipendekkan cerita, sampai dekat check point terakhir ada trak tentera dah tunggu untuk fetching semua student untuk ke Tanjung Bidara. Kat sini pula, ada dua task. Pertama, kena berakit sampai ke tengah laut dan patah balik. Kedua, mendayung sampai tengah laut dan dorang turunkan kami, 300meter dari pantai. (300meter tak silap). Saya ni dah la tak pandai berenang. Memang ngeri lah. Dorang ajar berenang sekejap dan bagi praktis dalam 10 minit sahaja, mana nak pandai kan? Part kena terjun dari bot ni la yang ngeri. Tak boleh berenang. Rasa macam makin ke tengah laut adalah. Dorang dah pesan kalau tak boleh berenang juga tiup wisel. Dah kalut macam tu mana nak jumpa wisel kan? Last-last terkapai-kapai sorang-sorang. Tapi saya bukan seorang. Ramai lagi tak pandai beranang. Last-last ada seorang abang senior tolong selamat kan. Nasib dia student bioperubatan, tak sama course kalau sama course confirm malu habis.

Sejak dari hari tu, saya belum pernah lagi mandi dekat laut. Family day tahun ni kat Port Dickson pun saya tak pergi. Saya hanya pergi mandi sungai sahaja. Takut. Siapa tak pandai beranang? Sila angkat tangan tinggi-tinggi!

xoxo

35 ulasan:

  1. Hahaha siap angkat kaki ag hehehe...

    BalasPadam
  2. @ Cahaya Mata @ Nurul Are Inn : yeay!! ada geng~

    @ ikatankasihku : tahu tak pe~

    BalasPadam
  3. Memang ngeri pengalaman tu dengan seluas lautan..

    Oh tak sanggup cheq,

    mandi kat Bkt merah pun myra penah lemas apatah lagi kat laut.. ohh takut :)

    BalasPadam
  4. akak pon tak pandai berenang..terasa hampeh plak diri ini..huhuhu

    salam perkenalan juger..:)

    BalasPadam
  5. eh x pakai jaket ke...kalo pakai jaket keselamatan tuh leh terapung agi...syok..hikhik

    BalasPadam
  6. @ Myra Jay : myra pun ada pengalaman jugak ye. takut kan?

    @ CintaZulaikha : ish, akak ni. tak kan sebab tak pandai berenang rasa hampeh. jangan jangan macam tu

    @ Ungu Violet : pakai tapi macam tak ada function pun.

    BalasPadam
  7. Nasib baik... WuMing tak pernah mengalami pengalaman yang ngeri ini..

    BalasPadam
  8. Hana tak tau berenang. Sangat takut lemas walaupun tak pernah lemas. Sebab tu hana tak suka mandi pantai, tkt lemas. Kalau mandi kat air terjun lak, tak suka main2 tahan nafas dalam air walaupun kwn2 lain semua buat, hana takut.

    BalasPadam
  9. lemas..??
    hohoho..xmau ingt dah..penah lemas sekali..

    BalasPadam
  10. sy pun xreti berenang...huhu...

    Melaka mmg ada airport..tp tuk kapal terbang kecik je la..

    tempt keje sy dekat2 situ gak...kadang2 nampak abg2 pilot turun dari kapal terbang...huhu..smart..!! :)

    BalasPadam
  11. hahaha,akakkk! kite pun tak pandai berenang. mandi dekat kolam pun boleh nak lemas,ni kalau kite jadi akak awal2 dah surrender.tak sanggup! heee

    BalasPadam
  12. LOL... ramai rupanya tak pandai berenang. yes2, ada kawan. he

    BalasPadam
  13. @ Hana Soffelia:

    hahaha.. saya pun tak suka tahan nafas dalam air. kalau bangun, mahu tersedut air sungai tu masuk hidung~

    BalasPadam
  14. @ nabilah_2908 : mesti suka skodeng abang-abang pilot ni~

    BalasPadam
  15. @ cik dila : dila, akak tak sanggup nak surrender sebab nanti tak boleh grad.. huaaaa. tapi sekarang dah grad dah. lalalaa

    BalasPadam
  16. hueh8787
    buat buat lemas pernah la^^

    BalasPadam
  17. saya! tapi teringin nk belajar berenang...ngeri eh lemas2 ni huhu seb bek takde paper...

    BalasPadam
  18. sib baik ada abg senior menyelamat nyawa..pernah tak jumpa bro tu...dah ucap tq belum...

    BalasPadam
  19. sy tak pandai berenang....pasal tu takot tempat2 dalam yg myk air...;d

    BalasPadam
  20. angakat tangan tinggi2 jugakk..sob2..tak retii..huhu

    BalasPadam
  21. bahay tau babe! setakat ni, i tak penah lemas lagi la. alhamdulillah. ;)

    BalasPadam
  22. pelik je nama tempat tuh...aku ni pun x pandai berenang gak kot....da lama giler x test.haha...

    BalasPadam
  23. tak pandai berenang jugak ! Ngerinya ada task mcm tu. kalau saya mesti dah ketar2 kat situ takmau buat

    BalasPadam
  24. saye tak pandai berenang langsung! haha.. ini betul2, bukan tipu tau.. ngee..

    BalasPadam
  25. trauma dengan air laut er? haha..

    BalasPadam
  26. law da tkot..law ade wisel kt mulut pown tgl nk tiup jew..xkn dpt tiup nye eheeh

    aty2 nect time k:)
    blaja la brenang sng jew:P

    aku dlu blja berenang peluk btol minyak yg besar tu kot eheheh

    nk blja kn heeeh

    BalasPadam
  27. saye tak pandai berenang. ahaks =D
    penah lemas kejap time kecik2 dulu kat kampung umah atok. pastu timbul balik. haha

    BalasPadam
  28. saya angkat kaki.. hehe

    mesti trauma kan. kalau main air je puas ke tu??

    BalasPadam
  29. haha, aku pon ada pengalaman terlemas ni

    tapi terselamat sendiri bila cuba berenang-renang ke tepian. sorang pon tak tau aku lemas tadi. ciss

    BalasPadam