page

Khamis, 15 September 2011

I need coffee break!

Salam pembuka bicara..

Hari ini stress. Banyak kerja. sobs. Patient pun banyak. Padahal baru pagi lagi ni! Bos pun asyik datang sini je. Tapi sempat jugak nak tulis blog. he.

Saya tak dapat hasilkan entri dengan fikiran yang tenang. Saya perlukan coffee break. Saya perlukan tidur juga boleh?


Buat pertama kali ye, saya terjumpa Coffee Break dekat petronas. Padahal dah bertahun-tahun kot petronas adakan kempen ni. Ini pun sebab ayah isi angin tayar kereta dekat petronas R&R Rawang masa balik dari hantar adik saya ke UTeM hari itu.

Hujung minggu ini pun saya akan ke Melaka sekali lagi sebab nak hantar barang-barang adik saya. Masa daftar hari tu bawa barang dan pakaian untuk seminggu dua je. Hujung minggu ni, hantar barang-barang yang lain dan yang penting laptop dia. Nanti dia bising tak ada laptop. dush. Kebetulan Z memang graduan UTeM juga, macam-macam soalan lah adik saya tanya pasal UTeM kat dia. Pelajar baru katakan. Bila saya complain, dia bising. Tak pepasal je kena bebel plak.

Memandangkan minggu ini ramai pelajar yang sudah kembali belajar semula, selamat meneruskan pelajaran kamu. Good luck! Semoga dapat dean list. Yang belajar dekat UPM tu, kena struggle lebih la sebab dean list UPM kena dapat pointer 3.75 ke atas. Rindu campus life sangat-sangat!! Mula-mula start semester mesti masing-masing lemau kan? Bila dah start assignment, masing-masing dah start pening plak. Nak kejar due date lagi. Yang mana kena hadap SPSS tu, lagilah pening.

Yang bekerja pula, jangan pernah bosan hadap kerja yang menimbun tu.

Apa pun cuba yang terbaik ok! Redah dan redha = berusaha dan bertawakal.

xoxo

29 ulasan:

  1. xpernah lg jumpa coffee break...nak try jugak la...hehe

    BalasPadam
  2. hoho.. semua perkara pon memerlukan komitmen yg tinggi hee

    BalasPadam
  3. Mau coffee secawan gak, blh? hehe

    Rindu campus life jugak.. hukhuk Mcm mau sambung master je. Haish..

    BalasPadam
  4. Dh kerja ni, tak boleh bosan. Alamatnya makan gaji buta. Tak berkat.. Huhu.
    Kalau kne buang kerja, lg parah.

    BalasPadam
  5. Sama gak ridu suasana kampus walaupun sekarang sambung study PJJ tapi tak sama dengan full time dulu..

    BalasPadam
  6. biasalah tu. tak stress bukan hidup namanya kan. ;)

    mai kopi secawan. hehe ;p

    BalasPadam
  7. @ Edy Zaidi : dia ada mase cuti perayaan je kan? cuba lagi tahun depan. hek

    @ Yana Farinha : Betul.. itu sebahagian dari tanggungjawab kita.

    @ Hana Soffelia : Serius hana nak sambung??

    @ Sufia Mahzan : betul betul

    BalasPadam
  8. @ Myra Jay : MJ amek PJJ? PJJ mase weekend aje kan?

    @ MamaEma : belum ada rezeki nak jumpa lagi kot~

    @ siti kektus : stress itu penting supaya buat kita jadi lebih produktif

    BalasPadam
  9. alin stakat hari ni memang xpnah jumpa coffee break kat petronas.hu3

    BalasPadam
  10. hikhik..rindu nye student life..
    next month bru nk convo..huhu

    BalasPadam
  11. sy pun rindukan campus life dulu....huhu... :)

    pasal coffee break tu..tk pernh jumpa lak..biasanya buat time malam raya kan...?

    BalasPadam
  12. samalah..rs penat je arini..nak tido, nak tido, nak tido..nak blogging pun semput jer rs..hehe

    BalasPadam
  13. @ aleen aiden : rupanya bukan saya seorang yang belum jumpa coffe break sebelum ni ye.

    @ .: iEyLa :. : next month konvo?? oh yeahh!!! dapat konvo adalah perkara paling mengembirakan..

    @ nabilah_2908 : coffe break tu buat sepanjang cuti perayaan.

    @ d_LA : d_LA itu lah.. saya pun rasa macam tu.

    BalasPadam
  14. Redah dan redha = berusaha dan bertawakal. Very like! ;)



    Baru masuks tudy mesti macam kalut sikit kan, tapi lama² makin seronok lebih² lagi kalau dapat kawan yan baik.


    Terima kasih juga tak lupa untuk nasihat kepada pekerja hehe.

    BalasPadam
  15. yes!penah jugak rse kopi free ni..
    hehehe..

    BalasPadam
  16. at least pernah dah rasa nikmat coffee break yg percuma tu...
    aku lom penah rasa lagi.huhu...

    skang ni kat office aku xde projek...mmg tahap bosan giler babeng ma.gi office layan movie je la...

    BalasPadam
  17. @ ♥cmª shIemª♥ : coffee yg dorang bagi hari tu hazelnut coffee. first time rase. kamu rase kopi ape?

    @ APAN : uik, layan movie je ke? best kot~

    BalasPadam
  18. time study kat U laa yg paling bez...huhu

    rindu kat kenkawan huhu

    BalasPadam
  19. dulu penah pegi then dapat, tapi tak dapat cofee, dapat air milo kotak.. dye ingat sy budak skolaa :P
    so, ibu abah jew dapat cofee, paw dowang..


    http://irsyanim.blogspot.com/2011/09/anak-buah.html

    BalasPadam
  20. aku suka coffe kat ikea sebb leh tmabh banyak2 kali hahhahaha

    BalasPadam
  21. xpenah try pon coffee break nie.. hehe

    BalasPadam
  22. @ Ungu Violet : betul tu..

    @ Hunnym Syot 美智子 : ala, kesian ye..

    @ cik pha : tak pernah coffee kt ikea la plak.

    @ teha : belum ada rezeki lg kot~

    BalasPadam
  23. time study memang best giler...time nakal2..kan...;d

    BalasPadam
  24. time study memang best giler...time nakal2..kan...;d

    BalasPadam
  25. weeeeeeee
    selmt beljr adik dhieraaaa!
    rindunyeee alam kampusss =(

    BalasPadam
  26. sy suke nescafe hazelnut old town white coffee..harum~ ^^

    setuju > redha = berusaha dan bertawakal..

    best of luck!~ =)

    BalasPadam